Thursday, February 4, 2010

Tak paham dengan anak-anak zaman sekarang ni...

lagi kes anak bunuh ayah, bunuh darah daging sendiri...kecik2, mak bapak tatang bagai minyak yg penuh..dah besar, sanggup bunuh mak bapak sendiri..ape nak jadi dengan dunia sekarang nih? mungkin nak kiamat kot.Sadis aku baca artikel kat Harian Metro ni..sampai hati betul memperlakukan darah daging sendiri..andai takde mak ayah, kamu, sebagai anak, boleh wujud ke kat dunia nih??? selagi dorang ada, patutnya kena la jaga elok-elok.ni tak, siap boleh penggal2 kepala la, tikam la...ish ngeri sungguh..Nauzubillah ...

Bacaan lanjut di bawah ni..

KUALA TERENGGANU: “Saya terkejut melihat wajah anak berubah menjadi bengis manakala matanya tajam merenung suami selepas menikam dada abang sulungnya dengan sebilah pisau.
“Suami cuba menenangkannya dan berusaha merampas pisau itu, tapi perutnya turut dirodok menyebabkan dia rebah dan meninggal dunia beberapa minit kemudian,’’ kata Zainun Hassan, 50, isteri Che Mat Nik, 51, yang maut ditikam anak sendiri di rumahnya di Lorong Wan Su, Kampung Pulau Duyong di sini, awal pagi semalam.

Kejadian kira-kira jam 3 pagi itu berlaku selepas anak ketiganya, Sharul Azmi Che Mat, 20, yang tidur di ruang tamu bersama adik bongsunya, bangun secara tiba-tiba dan menaiki tangga menuju bilik abang sulungnya sambil membawa sebilah pisau yang diambil dari tiang rumah.

Zainun berkata, anak sulungnya, Irwan Affendi Che Mat, 30, yang tidur bersebelahan biliknya menjerit kesakitan sambil memberitahu perutnya berlumuran darah akibat dirodok pisau dipegang adiknya.

Menurutnya, suaminya cuba merampas senjata dipegang Sharul Azmi, namun suspek menikamnya menyebabkan dia rebah dan tidak sedarkan diri.

Katanya, walaupun anaknya masih bersenjata, dia memberanikan diri cuba merampas pisau dari tangannya.

“Saya lihat anak seperti dirasuk kerana ketika menyerang suami serta abang sulungnya, dia seperti tak sedarkan diri dan saya yakin bukan dia melakukannya, tetapi ada ‘sesuatu’ mendorongnya bertindak demikian.

“Mujur dia mula tenang dan kemudian menangis teresak-esak seperti tak percaya melihat ayahnya tak bernyawa terbaring di lantai, manakala abang sulungnya pula cedera parah, “ katanya ketika ditemui di rumah ibu mentua berhampiran rumahnya.

Berikutan kejadian itu, Zainun berkata, dia mendapat pertolongan jiran yang kemudian menghubungi polis sebelum sepasukan anggota polis tiba di rumahnya beberapa minit kemudian.

Menurutnya, Sharul Azmi mendakwa terdengar ‘bisikan’ wanita bernama ‘Siti Aisyah’ ketika nyenyak tidur dan menuruti segala arahan yang dibisikkan itu.

“Dia mendakwa suara itulah menyebabkan dia hilang kawalan dan menyerang abang serta ayahnya. Dia sendiri terkejut ketika sedar sebaik disergah saya,’’ katanya yang turut menziarahi anak sulungnya yang kini koma di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Zainun berkata, walau apa pun berlaku selepas ini suspek tetap anak kandungnya dan percaya perbuatannya itu dilakukan di luar sedar.

2 comments:

  1. gggrrr!!! inilah contoh jenis anak AHLI NERAKA taw lina. bgs² still ade ayah. di bunuh, di pukul, di maki...puiiii!!! Sgt benci ngan anak ahli nereka cam ginie taw..

    Kalau lah zie still ade ayah, nyamuk geget pun z x bg taw...adehh, miss arwah ayah :(

    ReplyDelete
  2. haaa..yeke..samala nasib kita ziee...saya pun takde ayah dah...dah setahun dah..tu geram tu biler ader ayah leh bunuh2 plak...ape la dorang nih..ni kes ke2 yg mengerikan ...

    ReplyDelete