Sunday, February 17, 2013

Adakah kita serasi bersama???....

Salam..hehe..tajuk sedikit nampak bergosip pagi-pagi ni. Tapi saya bukan nak bergosip, just nak share sedikit  ilmu..kan sharing is caringgg..:) 

Sebab sekarang saya masih 'beginner' and baru nak mula bertapak. That's why searching more information is very important for me..sebab masih mencari-cari idea bisnes yg serasi dgn saya. Alhamdulilah tahun lepas, saya telah memulakan satu bisnes kecil pd bulan Ramadhan.Tak sangka sambutan begitu menggalakkan.Insyallah tahun ni if ade rezeki, saya akan mengambil tempahan biskut raya lagi.. Ready-made taw...Regular customers pun dah ade. Harap2 if ade yg ingin mencuba, boleh berkunjung ke Facebook saya.
Tapi, yg ni just backup for bulan Ramadhan. Tahun ni pun ada idea baru and fresh jugak..cumanya kena fikir modal pusingan and attraction kepada customers. Harap2 ia boleh menjadi... Nantikan di bulan Ramadhan 2013 akan datang!

By the time, sekarang pun saya dah cuba MLM (Multi Level Marketing)..Alhamdulilah, sekadar nak income tambahan setiap bulan. Cuma, bila kita dah join sesuatu MLM ni kena aktif and rajin berusaha. Ramai yg salah anggap di antara MLM dan Skim Cepat Kaya. Skim Cepat Kaya hanya mementingkan keuntungan dan downline yg banyak utk memberi kepentingan kpd org yg atas @ Upline. Most important part is klu join MLM ni kena serasi. Bisnes ni memang bagus kerana ia memberi tunjuk ajar dan ilmu yg banyak utk org baru seperti saya. Cuma, kadangkala kita tersilap langkah, melakukan dgn cara yg salah dan secara tak langsung akan memberi perspektif bahawa bisnes MLM tu tak bagus. Padahal diri sendiri yg kena usaha lebih dan tak mudah putus asa, baru boleh menuai hasil yg menguntungkan. Kalau rugi sikit2 tu, adat berniaga la.. Cuma kita kena ada ilmu utk melakukannya. Alhamdulilah, setakat yg saya ikuti programnya, saya tidak mudah melatah utk mengeluarkan modal yg banyak utk mengejar kemewahan yg ditawarkan. Bagi saya utk tahap permulaan ini, biarlah kita berusaha lebih dari bermodal tinggi tapi akhirnya memerangkap diri sendiri.



Ada certain penulis juga seperti Robert T. Kiyosaki menganggap bisnes MLM ini adalah satu bisnes yg baik kerana ia membantu orang lain menjana pendapatan sendiri. Cuma individu itu sendiri kena memainkan peranan yg bijak agar tidak terlalu tamak dalam mengejar kemewahan di dalam jangka masa yg singkat.

Bila kita nak berjaya di dalam sesuatu bisnes, kita kena bergaul dgn usahawan yg berjaya. Jangan peduli kata org sekeliling kita. Kebanyakkan org yg disekeliling hanya pandai 'berkata' dan 'mengata' tanpa 'mencuba' sesuatu terlebih dahulu. Macam yg saya tekankan, pengalaman itu merupakan Guru yg paling berharga. Tanpa pengalaman hari ini, kita tidak tahu apa yg perlu di masa hadapan.

So, if kita nak memulakan sesuatu bisnes biar pun kecil-kecilan, dapatkan sentuhan dan semangat dari orang berjaya. Bukan orang kaya..hehe..sebab orang kaya, dia mmg dah mempunyai duit yg banyak. Berbeza dgn orang yg berjaya. Dia berada di kemuncak atas daya usaha dan titik peluh sendiri..

Peringatan dan motivasi utk diri sendiri ..

Like di Facebook jika anda suka ! Terima kasih..:)

Isha Creative Enterprise

[PROMOSI] Barangan Kemas Zhulian




Harga boleh didapati di dalam FB : Isha Rulina..

Terima kasih!

Bina blueprint utk bulan2 yg akan datang..

Kini, kita dalam pertengahan bulan Februari. Alhamdulilah, sudah sebulan setengah masa berlalu di tahun 2013 ini. Semua yg dirancang berjalan lancar seperti yg dirancang. 

Blueprint ini amat penting bagi saya especially seorang usaha-wan yg baru nak bermula tapak. Itupun kadang2 merangkak, kadang2 jatuh dan kadang2 berdiri. Lumrah hukum alam..Blueprint / perancangan ini kalau diikutkan dengan penuh displin dan rajin , kita mampu mencapai apa yg kita target. Jika kita berusaha sedikit @ minima, maka hasilnya adalah minima. Jika usaha yg kita taburkan itu banyak, maka banyaklah hasilnya.



Insyallah, saya sedang merancang satu investment yg menjadi trend pada masa kini. Kena tengok potensinya dalam masa 12 bulan. Ini adalah salah satu blueprint saya dan keluarga utk long term. Mudah-mudahan ia memberi kesenangan kepada anak kesayangan kami, Nur 'Ishatin pd masa hadapan. Kadangkala, kita perlu merancang sendiri dan membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan orang lain. Itu yg saya katakan, pengalaman itu amat berharga pd masa depan. Pengalaman memberi pengajaran. Cuma kena kuatkan semangat and dan always positive in mindset.

Kegagalan pula kdgkala sentiasa muncul di tengah jalan. Cam ade roadblock gitu..tapi biasa la gagal itu kunci asas kejayaan. bak kata omputih... " Failure is path to success"..cuma kena rajin berusaha, jangan mudah patah semangat dan sentiasa buat perancangan yg teliti in positive and negative way..


Saturday, February 16, 2013

Mulakan bisnes kecil-kecilan lagi...

Alhamdulilah, ku rasakan masanya dah sesuai utk melebarkan sayap ke bisnes kecil-kecilan ku yg kedua ini. Bisnes ni merupakan ready-made production..So, no need to banyak fikir pasal cost production, nak hire staff modal yg akan dikeluarkan and lain2...Just perlu berusaha untuk memperbaiki tahap kewangan famili ku..:)

Setelah membuat survey beberapa hari ni, memikirkan bisnes apa yg ingin ku kembangkan lagi, aku bercadang utk hold dulu bisnes konvensional yg aku survey semalam..Setelah habis berfikir in +ve and -ve way, aku bercadang utk join satu produk kesihatan ini.. sebagai Independent Distributor for Shaklee..



Bisnes 'Middle-Man'
Bisnes ini memerlukan agennya menjadi 'middle-man' atau org tgh utk BELAJAR tentang asas bisnes sambil menjana pendapatan. Just perlu amik order from customer, then, amik stok from supplier pastu hantar pada customer. Insyallah, dapat untung bersih, 100% kita punya. Lagipun, selepas mendapat informasi, bisnes ini hanya memerlukan modal yg minimum dan siap dgn training. Lagi best, ade jugak coach yg akan ajar step-by-step dari zero. Kalau bisnes convensional, ia memerlukan modal + kos training yg mahal. Cuma yg perlu ialah semangat ingin belajar..

Apapun, semoga Februari 2013 ini menjadi satu titik tolak dan sumber inspirasi bagi Isha Creative Enterprise! Selamat berhujung minggu..

Jaga kesihatan anda...:)

Nowadays, ramai di kalangan rakyat Malaysia mempunyai risiko terhadap pelbagai jenis penyakit..Hal ini kerana di negara kita terdapat pelbagai jenis makanan yg lazat2 dan sedap..Alhamdulilah, kita tidak kebuluran seperti penduduk di sesetengah negara..tapi tahap pemakanan kita berada di level yg membimbangkan dan juga budaya malas bersenam.

Kita perlu menjaga tahap kesihatan kita. Mungkin kita sihat tubuh pd hari ini, tetapi apa akan terjadi di masa 15, 20 tahun akan datang. Oleh itu, kesihatan tubuh badan amatlah penting utk dijaga. Saya pernah terbaca buku salah seorang jutawan internet, Irfan Khairi mengenai 'Jaga Kesihatan kita'. Dengan menjaga kesihatan, bermakna kita dapat menjaga bil kesihatan. Kadangkala bil kesihatan boleh melenyapkan wang simpanan kita yg telah disimpan begitu lama. Yelah, bil kesihatan boleh mencapai amount sehingga berpuluh, beratus ribu bagi sesetengah penyakit kronik.



Jaga tubuh badan anda! Bersenam dan makan buah-buahan serta sayur-sayuran yg berzat. Kurangkan penggunaan gula di dalam minuman dan garam di dalam masakan. Badan yg sihat dapat mengurangkan kos perubatan dan sekali gus dapat menjamin kehidupan yang selesa. 

Amalkan gaya hidup sihat! Ingat , wang yg banyak tidak dapat membeli 100% kesihatan yg baik.

Psst! reminder for myself jugak -- Kesihatan yg baik dapat melindungi kewangan dan keluarga kita pada masa hadapan...Stay Tuned..!

Badan Sihat Idaman Setiap Insan..