Thursday, February 25, 2010

Last weekend yg beshhh..

Salam semua..maaf terlambat mengapdet pasal aktiviti last weekend ku..super duper bizi lor...tak menang tangan..kali ni entri pasal aktiviti mingguan aku last week.haha..dah nak basi la..actually, last saturday adalah birthday party utk anak buah tunangku..so, dah plan memang akan ke sana la..hohoo meriah jgkla party tersebut..sangat best..leh jumpa sanak saudara my fiance.

sebelum pegi tu, harus berfacial dulu..Sempat memanjakan muka je..body tak sempat la beb..So, pagi tu pas mandi siap sumer, aku pegila ke D'Affinity Spa centre..services yg diberikan boleh tahan hebatla...great! n aku suka..Tanpa lengah-lengah, terus sign up jadi club member...nak buat camana..dah nama pun perempuan..n dah settle all this things, kitorang pun ke lokasi parti @ The Club Bukit Utama..

Sampai je kat lokasi tu, aku tolong-tolong je la apa yg patut ditolong..Sebab party start at 3pm..so , sempat lagi usha keadaan di sekeliling..sangat best untuk beriadah...ada gym, swimming pool, futsal centre, golf centre n etc..pas selesai cutting cake ceremony, kitorang pun plan untuk gi  jalan-jalan around The Curve..owhh tetiba teringin plak nak tengok wayang..so, telah membookingkan tiket wayang ..kitorang layan la citer Percy Jackson : The Lightening Thief...Memang best la citer tersebut..

esoknya,Sunday, kitorang pegi ke The Club lagi untuk beriadah..swimming je...waaa, kononnya mahu kurangkan berat badanla..hehe...bersemangat tegar agaknya.moga leh bertahan ..:) wink* lepas 2 jam, agak2 tangan kaki sumer dah kecut, kitorang bersiap2 untuk balik.n tetiba baru teringat sesuatu! aku lum amik buku untuk preparation next semester.n kejap tu jugakla plan berubah. Terpaksa ke UKM Bangi untuk ambil buku...n after that, baru pegi One Utama untuk window shopping n tengok wayang..Tengok wayang lagi..kali nih citer The Wolfman..agak tidak best la...membosankan..aku bagi 1 bintang je untuk cerita nih...haiyooo!

Selepas 2-3 kali tawaf kat One Utama tu, n pabila kaki pun da sengal-sengal, so kenala balik rumah...

sekian, aktiviti untuk mingguan ku kali nih..layan gambar di bawah ..

Pssst..this week Jumaat cuti..hooray! apa mau plan?

Tuesday, February 23, 2010

aku tengah bingung n blur2....

Dalam kul 11 am tadi on site vendor ada datang..untuk checking problem n network solution..setelah bermacam2 cara n godek sana sini tak ok jugak...yg peliknya sesetengah pc's je down..yg lain sumer up connection cam biasa..mula-mula check kat server room..tengok switch..setelah buat direct line to switch, ok je..takde masalah..n then, try plak ip config.untuk all pc's ..then, memang connection tak up.. pi plak ke main opis..check every port..so, dapat detect la 1 problem..aku pun memang agak dah port tu ade masalah..so be done..n then ape related plak dengan connection yg berada di tempat lain? macam library, pastry kitchen n pricipal's room?bukan masalah tu je..cabling tu kena buat baru..meant kena tengok routing  dari server room ke all pc's at office tuh..hohoo..pening2 lalat dah nih..ilmu aku tak bape cukup lagi untuk buat network cabling nih..setakat ipconfig n check network card tu aku leh pulun la lagi...ni check wired in cable bebeh..soo menyampahhhh okay..!
^
^
^
^
^
^






Friday, February 19, 2010

Yeayyy !



yes ! esok dah weekend..Planning untuk esok ialah menghadiri birthday party anak buah my fiance.2 orang lak tu...at The Club , Bandar Damansara..So, must be get ready for their present lor...

pagi2 tadi aku pegi TM at Kelana Park View for setup wifi broadband..punya la ramai orang.nak dekat sejam jugaklah menunggu..penat weii..paling aku tak suka menunggu la..tapi ape nak buat...takkan nak redah jer...sabar jela...and pabila my turn, aku pi la kat kaunter utk Application.hadeh, dapat lak cik adik Trainee ni..satu soklan, n utk satu jawapan dier kena masuk dalam opis tanya pada supervisor dier..so, if ader 5 soklan , 5 kali la dier kena keluar masuk opis tu...nasibla aku tak kejam tu..aku cuma tanya 2-3 soklan jer...

after that, da settle tu..aku melintas ke Giant plak..n singgah di Lovely Lace jap...usha2 present for 2 babies tu...alahai aku berkenan kat dress kaler pink tu..tapi memandangkan dier punyer price is quite expensive, so aku usha plak Babyku Shop..Malang sekali, byk dress yang soo cute..but is not size for 1 year baby la...most of dress for 2 years n above..:(

then, balik opis..mana leh mengular lama2 beb...dah set appoinment n report pada bos, aku dapat lak report lain..network plak kena config kat opis atas...apehal this week asyik problem je nih..pi lak check....owh naseb small problem jer..klu tak, mau aku meroyan kat situ jugak...hadehh...

so, bila da kembali ke tempat duduk asalku, sempat la aku settle bill2 payment Astro n tnb yg aku blum bayar lagi..settle kan ape yg patut..ok done..

n sekarang, aku nak pegi lunch...huhhh..lapar...

Thursday, February 18, 2010

Kebizian dan Kehangatan sungguh !

 
Source : Google Pic 

Hi kengkawan...
sowii...aku sangat bizi..sebab tu blog aku tak bape nak updett...ditambah plak dengan cuaca yang panas terik...arrr..rasa cas ion - ion badanku makin lemah..okay, aku sedang merepek...sila abaikan...buat tak tau sudah..

pasni kul 4.45 pm, kena join aerobik..after that, ingat nak gi salon tu buat facial..haih..tertangguh lagi plan aku...
hadehhh...penattt wehhh..aku rasa staff2 lain pun dah rupa robot berjalan jer...

k ..nak gi bersiap.esok smbg ..tata...NEXT !

Wednesday, February 17, 2010

Dah start keje hari nie...

huhu..cuti 4 hari..cuti sakan aku..so, time ni la pun dapat jumpa mak n adik2 yg tinggal jauh..huh! nasibla cuti hari tu aku sempat settlekan serba sikit barang2 kawen...sempat pegi fitting baju nikah n baju sanding...n then semalam pi tempah kad kawen kat Bangunan Arked MARA Jalan Raja Laut..not bad lah price dier...menjimatkan..tapi VIP CARD tak sempat nak cari semalam...emm hope this weekend aku sempat la nak cilok gi sana..

actually color baju sanding tu tak menepati citarasa aku la...haihh..sengal rasanya..nak ubah, dah tempah dah..kain lace tu pun akak tu dah beli..sabar jelah..!

emm keje kat opis lum settle2 lagi nih..esok maybe kena kuar gi cari benda alah tu..hadeh,pening kepala gue...mana nak cekau beb..saat2 nila vendor yg aku cari tak jumpa...

hadehh..ok la...sambung esok..aku nak balik dah...nak jumpa my buah hati..wink **
emm nak gi makan n klu sempat nak buat facial untuk birthday party this weekend..saat2 tengah bulan lak nih..haduyaiii...^  ^

Daaaaa..

Wednesday, February 10, 2010

Tempat-tempat yang Menarik di seluruh dunia



Empangan Gordon 


Empangan Gordon, adalah sebuah empangan gerbang berdinding dua lapis yang dibina merintangi Sungai Gordon  di Tasmania. Ketinggiannya adalah 140 meter (460 ka), menjadikan ia empangan tertinggi di Tasmania dan kelima tertinggi di Australia.
Air dari empangan jatuh 183 meter (600 ka) ke dalam tanah dan memasuki Stesen Janakuasa Gordon, di mana tiga buah penjana akan membekalkan kira-kira 13% keperluan bekalan elektrik untuk Tasmania. 


Menara Eiffel


Ia merupakan menara besi yang dibina di atas Champ de Mars bersebelahan Sungai Seine di Paris, Perancis. Menara Eiffel adalah bangunan yang tertinggi dan paling menonjol di kota Paris dan dikenali di dunia sebagai simbol negara Perancis . Dinamakan bersempena nama perancangnya, Gustave Eiffel, menara ini merupakan monumen yang paling kerap dilawati di dunia; 6,428,441 orang melawatnya pada 2005  dan lebih 200 juta orang sejak ia dibina . Menara ini memiliki ketinggian 300 meter dan di atasnya terdapat antena televisyen setinggi 24 m.


Bayswater

 
Bayswater adalah sebuah kawasan di London barat dalam City of Westminster. Ia adalah daerah dibina terletak 3 batu (4.8 km) barat barat daya Charing Cross dan menyempadani utara Taman Hyde ke atas Kebun Kensington.
Bayswater adalah salah satu kawasan paling kosmopolitan di London, dengan kepelbagaian besar penduduk tempatan ditambahkan dengan mengadakan salah satu konsentrasi tertinggi hotel London. Ternyatanya, ada ramai penduduk Arab menetap di Jalan Edgware, sebilangan besar Amerika, masyarakat Greek yang agak ramai tertarik hati dengan Katedral Ortodoks Greek London, kawasan ini juga adalah sebuah pusat masyarakat Brazil London dan suatu penduduk tempatan yang agak banyak.


Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco


Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco  adalah sebuah lapangan terbang antarabangsa utama terletak 13 batu (21 km) selatan pusat bandar San Francisco, California, Amerika Syarikat. Ia dirujuk sebagai SFO. Lapangan terbang mempunyai penerbangan-penerbangan ke destinasi seluruh Amerika Utara dan merupakan pintu masuk utama ke Eropah, Asia, dan Australasia.
Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco merupakan lapangan terbang terbesar di San Francisco Bay Area, dan lapangan terbang paling sibuk dalam negeri California selepas Lapangan Terbang Los Angeles. Pada tahun 2008, Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco adalah kesepuluh terbesar di Amerika Syarikat dan lapangan terbang ke-21 terbesar dunia, mengikut bilangan penumpang.


Frankfurt 


Frankfurt am Main  adalah bandar raya terbesar di negeri Hesse, serta bandar raya kelima terbesar di Jerman. Terletak di tebing sungai Maine, bandar raya ini merupakan tempat Bank Pusat Eropah, Bursa Saham Frankfurt, dan pusat kewangan terbesar di benua Eropah. Frankfurt juga merupakan bandar raya terkaya di Kesatuan Eropah.
Kawasan metropolitan bandar raya, Kawasan Utama Rhine Frankfurt, mempunyai 5 juta penduduk dan merupakan kawasan metropolitan yang kedua terbesar di Jerman.


Sumber / Sources : http://ms.wikipedia.org/wiki/Wikipedia:Gambar_pilihan/2010

Jawatan Kosong 2010

Anda sedang mencari kerja?? ayat skema nih..:p ader sesiapa yang sedang mencari kerja di syarikat swasta /awam..Jika berminat, boleh click kat sini..Ada pelbagai jawatan kosong mengikut kelayakan..Aku pun sedang tinjau-tinjau jugak mana yang patut..hehe..sambil menyelam minum air..

P/S : Sesiapa yang berminat nak jadi guru , silalah mendaftar sekarang ..Program yang ditawarkan ialah KPLI di mana tarikh tutup nya pada 21 Februari 2010...wah, aku pun berminat gak nak jadi cikgu cikgi nih, tapi aku belum habis lagi pengajian PJJ ku...takpe2 next year if ader chance lagi,. aku isi cepat2..doakan..:)

sekian...

Tensionnnnnnnnnn...

salam all..hadehh banyaknya keje hari nih..pas satu, satu keje datang..ape kejadahnya banyak sangat...mentang-mentang la raya nak dekat..hmm internet opis pun dan2 nak down hari ni..hadeh..

kepeningan..sampai terdemam-demam aku mencari solution untuk menatang yang bernama "switch " nih...ape yang tak kena tatau la...haihhhhh....tolonglah dakuuu...

vendor plak asyik2 busy...sabar jelah labu...tak datang jgk, memang meninggal la switch kat bilik server room tu..haihh tensION

 
Source : Google.com

Monday, February 8, 2010

Pengalaman ini sangat berharga bagiku..

Tanggal 28 Disember 2008.adalah hari yang tak dapat aku lupakan.Hari itu merupakan hari di mana arwah ayahku telah pergi dan tak kembali lagi.Sudah setahun 2 bulan arwah ayahku telah bersemadi di sana.Dan di dalam tempoh ini , telah banyak perkara yang aku belajar.Belajar menjadi ketua keluarga, belajar menjadi anak yang lebih bertanggungjawab dari segi kewangan, belanjawan, mendidik dan sebagainya. mungkin ini sedikit sebanyak mengajar aku bahawa hidup ini penuh cabaran , dugaan dan seharusnya aku kena tempuhi dengan hati yang terbuka.

Kadangkala aku terpikir seorang diri. Masa kecik2 dulu, selepas kita dilahirkan, mak ayahla yang paling gembira sekali.Lepas tu apabila kita di peringkat kanak-kanak, kita sering nak mendapat perhatian mereka.n apabila sedang meningkat dewasa, mereka berbangga dengan kita.Bangga kerana dapat membesarkan kita dengan penuh kasih sayang n  ada yg sampai tahap berjaya.

So, apabila kita dah dewasa, perkara ini berbalik kepada kita sebagai anak-anak. Kita pula kena melayan mak ayah kita dengan penuh kasih sayang.Kena beri perhatian supaya mereka rasa disayangi. Inilah yang aku rasa sekarang. Sejak kehilangan ayah, mak aku selalu sepi.So, sebagai anak, kenalah beri perangsang n menaburkan kasih sayang pada mereka.Pada masa inilah aku sebagai anak hendak membalas jasa ibu n ayah aku.Syukur ke hadrat Allah kerana aku mempunyai masa untuk membalas jasa mereka.Mungkin ini baru beberapa peratus dari apa yang mereka beri kepada kita dahulu. Betul istilah yang mengatakan  setiap kejadian ada hikmahnya.

Aku harap aku dapat memberi yang terbaik buat mak n adik2 ku serta bakal suami aku yang akan datang. Mungkin kadangkala nampak aku nih cam singa yg mcm puasa setahun, tapi hati aku ibarat daun sembilu..(ape aku merepek dah nih...)

aku hanya meluahkan apa yg terbuku di hatiku...kerana pada masa ini aku sedang dalam kerinduan yg amat sangat pada arwah ayahku.Moga rohnya tenang di alam sana.. :(

related link : http://hazliena85.wordpress.com/2009/01/06/28-disember-2008    http://hazliena85.wordpress.com/2009/06/21/selamat-hari-bapa/

AMIN YA RABBAL ALAMIN.

Saturday, February 6, 2010

Happiness Quotes ~

For everything there is a season,
And a time for every matter under heaven:
A time to be born, and a time to die;
A time to plant, and a time to pluck up what is planted;
A time to kill, and a time to heal;
A time to break down, and a time to build up;
A time to weep, and a time to laugh;
A time to mourn, and a time to dance;
A time to throw away stones, and a time to gather stones together;
A time to embrace, And a time to refrain from embracing;
A time to seek, and a time to lose;
A time to keep, and a time to throw away;
A time to tear, and a time to sew;
A time to keep silence, and a time to speak;
A time to love, and a time to hate,
A time for war, and a time for peace.

Friday, February 5, 2010

Bila tangan jadi gatai..:p

ni lah jadinya pabila takde keje dah nak buat..al maklumlah skang nih kelas aku kat ukm tgh break semester..so, ape lagi, masa malam agak terluang la...emm nanti bulan 3 dah start kelas...skang nih hanya tumpu pada keje n sesi kuar date jela..:)

so, kita start ngan gambar ni...emm tgk skali cam cute je...byk2 kali..haihhh agak cute..wakaka..masuk bakul angkat sendiri..tapi bakul yg berlobang la...

 

  


setakat ni je dulu editing haku...ngantuklaaa...

sila komen klu mau..
     


Planning this weekend???

Esok hari sabtu..esok giliran aku duty sebagai admin plak kat opis...aiseh, boring giler...nasibla dalam 4 bulan, sekali je aku wat keje2 nih.nasib ko la labu oii..


then, pas balik keje, aku terus bergegas balik ke Perak.al maklumlah, tunangku takde di sni..dier sedang outstation ke Hattyai..waa..bestnya! memandangkan aku dah apply cuti last week, so, next week aku dikuarantin la bercuti kan..padan muka ku..hadehh...nasibla 2-3 hari je kat sana, kalau lebih dari tu, memang aku nak ikut..boleh bershopping sakan..dah2, ape aku merepek nih...

so, this weekend ape plan yang aku nak wat ehh..mungkin bershopping2 membeli barang umah mak ku di Teluk Intan? atau bermandi manda di Lata Kinjang.bukan pantai ehh..ni adalah tempat air terjun...kan aku nih fanatik ngan aktviti air nih..hadeh apa aku nak buat nih? takkan makan tido jer kat umah..makin bulat cam teddy bear la jawabnya aku nanti..weh diet wehhh..nak kawen dah.

hadeh, ape erk?sesapa leh bg idea kat aku tak? aku kusut dah nih..tolongg wehhh...nanti aku belanja 20 sen..:p


Hantaran

Entri kali nih berkisar tentang dulang hantaran.memang aku minat bab2 menghias barang hantaran nih.Masa tunang thn lepas, sebelah aku , aku buat sendiri...mula2 sebab takde pengalaman, terover budget jugaklah..tapi time untuk kawin nih, aku telah listkan awal2 barang2 yang perlu saje untuk decorate bekas hantaran nih.

ni adalah serba sedikit contoh yang bekas hantaran yang telah dihias.tapi yang ni sebelah lelaki punyer..sebelah perempuan , aku takde snap picture satu2...(yang kaler yellow gold tu sebelah aku)

contoh2 decoration bekas hantaran :

Jom Join Contest (menang Couple tee's)

blog sumi nih aku jumpa time aku tengah melintas dari satu blog ke blog lain...alang2 kan, join jela...cam menarik jgk..:p and aku suka lagu yang berkumandang kat blog sumi nih..cute sehh



syarat2nyer plak cmni :
  • Buat entry pasal contest JJC (menang couple tee's)  dah
  • tajuk: Jom Join Contest (menang Couple tee's) 
  • Letak banner di atas di sidebar dan entry dah
  • Letak pice anda dan pasangan dalam entry (1 aje)   kalo boleh non edited pice yer   dah
  • Jgn lupe tinggalkan comment link entry penyertaan anda di sini..   dah 
2 Pemenang bertuah aje yang dapat hadiah ni!!!
pemilihan dibuat juri jemputan sumi nnt.. Terima Kasih..
Tarikh tutup 7 Feb 2010..



dan picture yang ingin aku pertaruhkan ialah :

 


gambar nie diambil pada tahun lepas masa kitorang lepaq2 kat sunway pyramid sempena Haloween Day..syokk owhhh...promote jap...picture nih aku ambil bersama tunang kesayangan ku, en hasrul...sayang kamu ..:)


okey, setakat nih je dulu..mekasih pihak penaja, aisumi...


Thursday, February 4, 2010

"Jom Holiday " Contest

hi semua..tujuan aku buat entri bertajuk " Jom Holiday " ni mencari port holiday yg paling cool yg pernah korang gi.Tak kisah la dalam malaysia ke luar ke, asalkan tempat tu mmg paling best penah korang lawati.

emm tak mau membebel banyak2, so, kita terus kepada syarat2 untuk masuk contest nih..



syarat2 yg termaktub ialah : 
1- buat satu entri bertajuk " Jom Holiday" contest.

2- letak banner ni kat page korang n side banner.letakkan link aku skali kat banner tu.

3- letak 3 keping gambar yg paling korang rasa menarik n tak leh dilupakan..tak kisahla gambar sorang ke ngan famili ke, buah hati ke..etc.

4- story sikit kat mna tempat tu n apa keistimewaan tempat tu...area mna..(coz aku buat entri ni untuk mencari tempat percutian yang menarik kan..so,of course kena letak nama tempat tuh).

5- silalah jadi follower aku disebabkan aku masih baru berblogging nih..hehe...n masa yang sama senangla aku nak pilih pemenang nanti...

6- akhir skali, tinggalkan pesanan n link penyertaan korang di ruang komen aku...

7- untuk hadiah, insyaAllah aku akan membeli souvenier di tempat yg aku nak pegi tu.
N hadiah yg sedia ada pun sudah tersedia..iaitu sehelai baju t-shirt dari seberang laut borneo dan sekeping voucher penjagaan diri or voucher makanan ..( if voucher still available ) 

8- Tarikh tutup penyertaan pada 20 Februari 2010 pada jam 11:59 malam 

Sekian, selamat mencuba..chowww cin chawww.



Tak paham dengan anak-anak zaman sekarang ni...

lagi kes anak bunuh ayah, bunuh darah daging sendiri...kecik2, mak bapak tatang bagai minyak yg penuh..dah besar, sanggup bunuh mak bapak sendiri..ape nak jadi dengan dunia sekarang nih? mungkin nak kiamat kot.Sadis aku baca artikel kat Harian Metro ni..sampai hati betul memperlakukan darah daging sendiri..andai takde mak ayah, kamu, sebagai anak, boleh wujud ke kat dunia nih??? selagi dorang ada, patutnya kena la jaga elok-elok.ni tak, siap boleh penggal2 kepala la, tikam la...ish ngeri sungguh..Nauzubillah ...

Bacaan lanjut di bawah ni..

KUALA TERENGGANU: “Saya terkejut melihat wajah anak berubah menjadi bengis manakala matanya tajam merenung suami selepas menikam dada abang sulungnya dengan sebilah pisau.
“Suami cuba menenangkannya dan berusaha merampas pisau itu, tapi perutnya turut dirodok menyebabkan dia rebah dan meninggal dunia beberapa minit kemudian,’’ kata Zainun Hassan, 50, isteri Che Mat Nik, 51, yang maut ditikam anak sendiri di rumahnya di Lorong Wan Su, Kampung Pulau Duyong di sini, awal pagi semalam.

Kejadian kira-kira jam 3 pagi itu berlaku selepas anak ketiganya, Sharul Azmi Che Mat, 20, yang tidur di ruang tamu bersama adik bongsunya, bangun secara tiba-tiba dan menaiki tangga menuju bilik abang sulungnya sambil membawa sebilah pisau yang diambil dari tiang rumah.

Zainun berkata, anak sulungnya, Irwan Affendi Che Mat, 30, yang tidur bersebelahan biliknya menjerit kesakitan sambil memberitahu perutnya berlumuran darah akibat dirodok pisau dipegang adiknya.

Menurutnya, suaminya cuba merampas senjata dipegang Sharul Azmi, namun suspek menikamnya menyebabkan dia rebah dan tidak sedarkan diri.

Katanya, walaupun anaknya masih bersenjata, dia memberanikan diri cuba merampas pisau dari tangannya.

“Saya lihat anak seperti dirasuk kerana ketika menyerang suami serta abang sulungnya, dia seperti tak sedarkan diri dan saya yakin bukan dia melakukannya, tetapi ada ‘sesuatu’ mendorongnya bertindak demikian.

“Mujur dia mula tenang dan kemudian menangis teresak-esak seperti tak percaya melihat ayahnya tak bernyawa terbaring di lantai, manakala abang sulungnya pula cedera parah, “ katanya ketika ditemui di rumah ibu mentua berhampiran rumahnya.

Berikutan kejadian itu, Zainun berkata, dia mendapat pertolongan jiran yang kemudian menghubungi polis sebelum sepasukan anggota polis tiba di rumahnya beberapa minit kemudian.

Menurutnya, Sharul Azmi mendakwa terdengar ‘bisikan’ wanita bernama ‘Siti Aisyah’ ketika nyenyak tidur dan menuruti segala arahan yang dibisikkan itu.

“Dia mendakwa suara itulah menyebabkan dia hilang kawalan dan menyerang abang serta ayahnya. Dia sendiri terkejut ketika sedar sebaik disergah saya,’’ katanya yang turut menziarahi anak sulungnya yang kini koma di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Zainun berkata, walau apa pun berlaku selepas ini suspek tetap anak kandungnya dan percaya perbuatannya itu dilakukan di luar sedar.

Wednesday, February 3, 2010

Hari yang memenatkan haku..

Tanggal 2 Februari and hari ni adalah hari yang memenatkan aku...susahnya bila tak dapat keje..tapi biler dapat pun susah jgk...apelah nasib...bukan terjadi pada aku..tetapi pada adik lelaki ku..haih saboo jela labu..

Pagi2 kitorang dah keluar menuju ke Menara TM kat area Kerinchi..then, on d way nak pi tu, sangkut plak dalam jammed..hampagas sungguh...itulah hakikatnya apabila bekerja di Kuala Lumpur. Nasib baik aku keje kat Kelana Jaya jer...takyah rebut2 jalan ke KL tu..:P

sampai2 je kat Menara TM, kena beratur plak menunggu lift..al maklumlah staff TM ramai jugak...maka ku lihat berduyun-duyunla orang di pintu lift mengambil turn..

so, adik aku dah selamatla masuk hall untuk briefing.. yg aku ni nak dekat 3 jam menunggu kat luar hall tu..sabar jela ...petang tu kena tunggu lagi..sampaila opis TM tu closed..kesian kan...

hmm...banyak tul cabaran..dahla hari ni aku masuk opis lambat..gara2 nak selesaikan hal2 yang berkaitan kat TM tu...hapela sistemnya susah sangat n manual sangat...keje sejam leh jadi 4 jam...berbaloikah...???? jawab n pikir sendiri.....sebab aku dah melalut-lalut dah ni..penat mengejar masa n tenaga..

ok chowwww...

Monday, February 1, 2010

Gambar2 Tahun 2009..yeay!!

Gambar Pertunangan 01 May 2009

 
Gambar Mandi manda di Sunway Lagoon..



Cabutan Bertuah MDM 2010 ^^

 
Ha...jumpa lagi contest ...kali ni aku mencuba nasib untuk lucky draw plak..
contest ni dianjurkan oleh asha ..
ini merupakan contest untuk menghargai follower2 beliau yg bertuah..

syarat2nya senang jer...

1) Terbuka kepada semua bloggers tak kira lelaki ke perempuan;

2) Buat 1 entry khas bertajuk Cabutan Bertuah MDM 2010;

3) Letakkan banner di atas di dalam entry dan di sidebar, link kan ke entry ini

4) Mestilah dan wajib jadi follower blog ini (sebab nak bagi hadiah untuk follower kan);

5) Tarikh tutup adalah 10 Februari 2010, jam 1.00 am)

6) Letakkan Nama anda di sini (ruangan komen), dan bagi link direct ke entry yang telah anda buat......

7) 2 cabutan seterusnya akan dilakukan pada 21hb Januari 2010, jam 11.59 malam dan akan diumumkan pada 22hb Januari 2010. dan akan diposkan pada 23hb januari 2010.

8) 6 cabutan seterusnya akan dibuat selepas 10 FEBRUARI 2010.

so, saya dengan berbesar hatinya telah menjadi follower asha  dan menyertai lucky draw ini..
time kasih pada pihak penaja..:p
 


FRIENSHIP CONTEST^ ^

hehe..nih first time aku join contest yg dianjurkan oleh blogger..so untung2 menangla..if tak menang pun, menangkan jgk..haha..just joking...

blog cik marmie aku jumpa time aku tengah godek2 blog temanku...alih2 terjumpa la contest nih dan terpaut untuk mencuba nasib..:p

Senang je..memula skali kena la letak link tuan tanah iaitu link ke blog cik marmie nih...

sila klik yg bawah ni jangan malu2..:)

 

syarat2 yg telah ditetapkan ialah : 
  • gambar mestilah gambar  dgn mmber2 .xkesah la brpe org pun tp jgn r smpai 1clas plak...hehe (nnti dh mcm classmate contest plak) 
  • paling penting msti original ok,jgn copy kt tenet plak....klu nk edit2 pun suke ati la tp msti menampakkn "FRIENDSHIP" tu.
  • hah!!! lg 1 plz la letak banner kt atas ni ye kt blog korang,bleh mempopularkan cik mar&kwn2 !!!hahaha (sengal je bunyi) xtually tuk meramaikn blogger tuk join,senang ckit nmpk.
  • pastu klu nk follow blog cik mar ni, follow la.tiada paksaan ok. tuk memudahkan korang tau keputusan & persaingannye nnti better r follow,senang nk tau any progress about this contest.
  • jz 1 picture je kay. 
Tarikh Tutup : 12 FEBRUARI 2010 

and gambar yg aku ingin pertaruhkan ini ialah gambar sahabat2 aku masa kitorang gi camping ari tu...ha, kenangan yang tak dpt dilupakan...

 


sekian..time kasih kepada pihak penganjur..:p

hari minggu aku yang best!

Weekend yg beshhh!

Hari sabtu lepas, awal2 pagi aku n tunangku, acerol sudah bergerak ke pd...untuk bermandi manda..Kitorang sampai dalam pukul 9.00 pagi..cuaca agak baik pagi tu..kelihatan tak ramai orang bermandi manda di pantai Teluk Kemang...

Emm kami banyak menghabiskan masa dengan bermandi manda sampai tak hingat,...Habih gak la muka aku n tunangku gelap...dibakari cahaya matahari @ sunburn..huhu...redha jelah labu...:p..Then, sempat jugak bermain jetski...harga yg ditawarkan selepas dapat diskaun ( diskaun ke?) hanya rm 70 ...selama 15 minit..haih tak berbaloi...agak mahal..tapi sebab aku n tunang ku nak naik jgk, pejam mata jela mmbayarnya..

Then , kul 1pm kitorang beransur balik..sbb dalam plan nak pergi ke Nilai..untuk membeli barang2 hantaran..kelihatan ramai sungguh orang di sana...haih ramai plak orang nak kawen tahun ni...and kebetulan time tu pun SALE..so, bolehla berjimat sikit..:)

selepas 4 jam membeli belah dengan cuaca yang agak panas, kitorang pun beransur2 balik ke Kuala Lumpur..hemm, jalan agak clear..sbb orang KL masih lagi bercuti..

Pagi Ahadnya pulak, aku n tunangku pulang ke kampung halaman ku di Perak..emm lambat jugak kitorang sampai.hampir kul 11am...Mak ku dah rindukan aku....:p anak mak katakan...heheh...time dah sampai di perak, aku sibuk la buat persiapan apa yang patut..yang sempat buat hanya tempah kanopi...untuk order kek n fitting baju sanding, tak sempat disebabkan kedai2 tersebut tutup.alahai...! spoil la...

then, dalam kul 5.15pm, kitorang bergerak pulang...Singgah dulu menghantar adik bongsu ku balik ke asrama dier di Slim River...Kira2 pukul 7 pm baru sampai di KL..sungguh penat...tapi menarik...this week ape plak aku nak buat ehhh?? tengahh mencari idea...APA ERK?? hmmm..pikir2kan...