Tanggal 28 Disember 2008.adalah hari yang tak dapat aku lupakan.Hari itu merupakan hari di mana arwah ayahku telah pergi dan tak kembali lagi.Sudah setahun 2 bulan arwah ayahku telah bersemadi di sana.Dan di dalam tempoh ini , telah banyak perkara yang aku belajar.Belajar menjadi ketua keluarga, belajar menjadi anak yang lebih bertanggungjawab dari segi kewangan, belanjawan, mendidik dan sebagainya. mungkin ini sedikit sebanyak mengajar aku bahawa hidup ini penuh cabaran , dugaan dan seharusnya aku kena tempuhi dengan hati yang terbuka.
Kadangkala aku terpikir seorang diri. Masa kecik2 dulu, selepas kita dilahirkan, mak ayahla yang paling gembira sekali.Lepas tu apabila kita di peringkat kanak-kanak, kita sering nak mendapat perhatian mereka.n apabila sedang meningkat dewasa, mereka berbangga dengan kita.Bangga kerana dapat membesarkan kita dengan penuh kasih sayang n ada yg sampai tahap berjaya.
So, apabila kita dah dewasa, perkara ini berbalik kepada kita sebagai anak-anak. Kita pula kena melayan mak ayah kita dengan penuh kasih sayang.Kena beri perhatian supaya mereka rasa disayangi. Inilah yang aku rasa sekarang. Sejak kehilangan ayah, mak aku selalu sepi.So, sebagai anak, kenalah beri perangsang n menaburkan kasih sayang pada mereka.Pada masa inilah aku sebagai anak hendak membalas jasa ibu n ayah aku.Syukur ke hadrat Allah kerana aku mempunyai masa untuk membalas jasa mereka.Mungkin ini baru beberapa peratus dari apa yang mereka beri kepada kita dahulu. Betul istilah yang mengatakan setiap kejadian ada hikmahnya.
Aku harap aku dapat memberi yang terbaik buat mak n adik2 ku serta bakal suami aku yang akan datang. Mungkin kadangkala nampak aku nih cam singa yg mcm puasa setahun, tapi hati aku ibarat daun sembilu..(ape aku merepek dah nih...)
aku hanya meluahkan apa yg terbuku di hatiku...kerana pada masa ini aku sedang dalam kerinduan yg amat sangat pada arwah ayahku.Moga rohnya tenang di alam sana.. :(
related link : http://hazliena85.wordpress.com/2009/01/06/28-disember-2008 http://hazliena85.wordpress.com/2009/06/21/selamat-hari-bapa/
AMIN YA RABBAL ALAMIN.
moga arwah ayah akak bersama golongan yang beriman... moga selamat di sana...
ReplyDeletemoga akak tabah mengharungi liku2 hidup ini... sama2 kita menghadapi setiao dugaanNya, amin...
akak ni memang anak yang baik, jaga famili.. comel2 tau ^_^
mekasih dini..hope ayah dini pun cepat sembuh..mari kita doa sama2 kay
ReplyDeleteHazliena, sentiasalah doakan arwah dan sedekahkan yasin...
ReplyDeleteNak kawin rupanya, semoga semua berjalan lancar dah cukup ke semua persiapan? :D
yup sis..sy sentiasa doakan arwah ayah..
ReplyDeletepersiapan kawin baru 50 %..alhamdulilah stakat ni..
salam kenal sis wan anie..:)