For everything there is a season,
And a time for every matter under heaven:
A time to be born, and a time to die;
A time to plant, and a time to pluck up what is planted;
A time to kill, and a time to heal;
A time to break down, and a time to build up;
A time to weep, and a time to laugh;
A time to mourn, and a time to dance;
A time to throw away stones, and a time to gather stones together;
A time to embrace, And a time to refrain from embracing;
A time to seek, and a time to lose;
A time to keep, and a time to throw away;
A time to tear, and a time to sew;
A time to keep silence, and a time to speak;
A time to love, and a time to hate,
A time for war, and a time for peace.
Saturday, February 6, 2010
Friday, February 5, 2010
Bila tangan jadi gatai..:p
ni lah jadinya pabila takde keje dah nak buat..al maklumlah skang nih kelas aku kat ukm tgh break semester..so, ape lagi, masa malam agak terluang la...emm nanti bulan 3 dah start kelas...skang nih hanya tumpu pada keje n sesi kuar date jela..:)
so, kita start ngan gambar ni...emm tgk skali cam cute je...byk2 kali..haihhh agak cute..wakaka..masuk bakul angkat sendiri..tapi bakul yg berlobang la...
so, kita start ngan gambar ni...emm tgk skali cam cute je...byk2 kali..haihhh agak cute..wakaka..masuk bakul angkat sendiri..tapi bakul yg berlobang la...
setakat ni je dulu editing haku...ngantuklaaa...
sila komen klu mau..
Planning this weekend???
Esok hari sabtu..esok giliran aku duty sebagai admin plak kat opis...aiseh, boring giler...nasibla dalam 4 bulan, sekali je aku wat keje2 nih.nasib ko la labu oii..
then, pas balik keje, aku terus bergegas balik ke Perak.al maklumlah, tunangku takde di sni..dier sedang outstation ke Hattyai..waa..bestnya! memandangkan aku dah apply cuti last week, so, next week aku dikuarantin la bercuti kan..padan muka ku..hadehh...nasibla 2-3 hari je kat sana, kalau lebih dari tu, memang aku nak ikut..boleh bershopping sakan..dah2, ape aku merepek nih...
so, this weekend ape plan yang aku nak wat ehh..mungkin bershopping2 membeli barang umah mak ku di Teluk Intan? atau bermandi manda di Lata Kinjang.bukan pantai ehh..ni adalah tempat air terjun...kan aku nih fanatik ngan aktviti air nih..hadeh apa aku nak buat nih? takkan makan tido jer kat umah..makin bulat cam teddy bear la jawabnya aku nanti..weh diet wehhh..nak kawen dah.
Hantaran
Entri kali nih berkisar tentang dulang hantaran.memang aku minat bab2 menghias barang hantaran nih.Masa tunang thn lepas, sebelah aku , aku buat sendiri...mula2 sebab takde pengalaman, terover budget jugaklah..tapi time untuk kawin nih, aku telah listkan awal2 barang2 yang perlu saje untuk decorate bekas hantaran nih.
ni adalah serba sedikit contoh yang bekas hantaran yang telah dihias.tapi yang ni sebelah lelaki punyer..sebelah perempuan , aku takde snap picture satu2...(yang kaler yellow gold tu sebelah aku)
Jom Join Contest (menang Couple tee's)
blog sumi nih aku jumpa time aku tengah melintas dari satu blog ke blog lain...alang2 kan, join jela...cam menarik jgk..:p and aku suka lagu yang berkumandang kat blog sumi nih..cute sehh
syarat2nyer plak cmni :
- Buat entry pasal contest JJC (menang couple tee's)
dah
- tajuk: Jom Join Contest (menang Couple tee's)
- Letak banner di atas di sidebar dan entry
dah - Letak pice anda dan pasangan dalam entry (1 aje) kalo boleh non edited pice yer
dah - Jgn lupe tinggalkan comment link entry penyertaan anda di sini..
dah
2 Pemenang bertuah aje yang dapat hadiah ni!!!
pemilihan dibuat juri jemputan sumi nnt.. Terima Kasih..
Tarikh tutup 7 Feb 2010..
dan picture yang ingin aku pertaruhkan ialah :
gambar nie diambil pada tahun lepas masa kitorang lepaq2 kat sunway pyramid sempena Haloween Day..syokk owhhh...promote jap...picture nih aku ambil bersama tunang kesayangan ku, en hasrul...sayang kamu ..:)
Thursday, February 4, 2010
"Jom Holiday " Contest
hi semua..tujuan aku buat entri bertajuk " Jom Holiday " ni mencari port holiday yg paling cool yg pernah korang gi.Tak kisah la dalam malaysia ke luar ke, asalkan tempat tu mmg paling best penah korang lawati.
emm tak mau membebel banyak2, so, kita terus kepada syarat2 untuk masuk contest nih..
syarat2 yg termaktub ialah :
1- buat satu entri bertajuk " Jom Holiday" contest.
2- letak banner ni kat page korang n side banner.letakkan link aku skali kat banner tu.
3- letak 3 keping gambar yg paling korang rasa menarik n tak leh dilupakan..tak kisahla gambar sorang ke ngan famili ke, buah hati ke..etc.
4- story sikit kat mna tempat tu n apa keistimewaan tempat tu...area mna..(coz aku buat entri ni untuk mencari tempat percutian yang menarik kan..so,of course kena letak nama tempat tuh).
5- silalah jadi follower aku disebabkan aku masih baru berblogging nih..hehe...n masa yang sama senangla aku nak pilih pemenang nanti...
6- akhir skali, tinggalkan pesanan n link penyertaan korang di ruang komen aku...
7- untuk hadiah, insyaAllah aku akan membeli souvenier di tempat yg aku nak pegi tu.
N hadiah yg sedia ada pun sudah tersedia..iaitu sehelai baju t-shirt dari seberang laut borneo dan sekeping voucher penjagaan diri or voucher makanan ..( if voucher still available )
8- Tarikh tutup penyertaan pada 20 Februari 2010 pada jam 11:59 malam
Tak paham dengan anak-anak zaman sekarang ni...
lagi kes anak bunuh ayah, bunuh darah daging sendiri...kecik2, mak bapak tatang bagai minyak yg penuh..dah besar, sanggup bunuh mak bapak sendiri..ape nak jadi dengan dunia sekarang nih? mungkin nak kiamat kot.Sadis aku baca artikel kat Harian Metro ni..sampai hati betul memperlakukan darah daging sendiri..andai takde mak ayah, kamu, sebagai anak, boleh wujud ke kat dunia nih??? selagi dorang ada, patutnya kena la jaga elok-elok.ni tak, siap boleh penggal2 kepala la, tikam la...ish ngeri sungguh..Nauzubillah ...
Bacaan lanjut di bawah ni..
KUALA TERENGGANU: “Saya terkejut melihat wajah anak berubah menjadi bengis manakala matanya tajam merenung suami selepas menikam dada abang sulungnya dengan sebilah pisau.
“Suami cuba menenangkannya dan berusaha merampas pisau itu, tapi perutnya turut dirodok menyebabkan dia rebah dan meninggal dunia beberapa minit kemudian,’’ kata Zainun Hassan, 50, isteri Che Mat Nik, 51, yang maut ditikam anak sendiri di rumahnya di Lorong Wan Su, Kampung Pulau Duyong di sini, awal pagi semalam.
Kejadian kira-kira jam 3 pagi itu berlaku selepas anak ketiganya, Sharul Azmi Che Mat, 20, yang tidur di ruang tamu bersama adik bongsunya, bangun secara tiba-tiba dan menaiki tangga menuju bilik abang sulungnya sambil membawa sebilah pisau yang diambil dari tiang rumah.
Zainun berkata, anak sulungnya, Irwan Affendi Che Mat, 30, yang tidur bersebelahan biliknya menjerit kesakitan sambil memberitahu perutnya berlumuran darah akibat dirodok pisau dipegang adiknya.
Menurutnya, suaminya cuba merampas senjata dipegang Sharul Azmi, namun suspek menikamnya menyebabkan dia rebah dan tidak sedarkan diri.
Katanya, walaupun anaknya masih bersenjata, dia memberanikan diri cuba merampas pisau dari tangannya.
“Saya lihat anak seperti dirasuk kerana ketika menyerang suami serta abang sulungnya, dia seperti tak sedarkan diri dan saya yakin bukan dia melakukannya, tetapi ada ‘sesuatu’ mendorongnya bertindak demikian.
“Mujur dia mula tenang dan kemudian menangis teresak-esak seperti tak percaya melihat ayahnya tak bernyawa terbaring di lantai, manakala abang sulungnya pula cedera parah, “ katanya ketika ditemui di rumah ibu mentua berhampiran rumahnya.
Berikutan kejadian itu, Zainun berkata, dia mendapat pertolongan jiran yang kemudian menghubungi polis sebelum sepasukan anggota polis tiba di rumahnya beberapa minit kemudian.
Menurutnya, Sharul Azmi mendakwa terdengar ‘bisikan’ wanita bernama ‘Siti Aisyah’ ketika nyenyak tidur dan menuruti segala arahan yang dibisikkan itu.
“Dia mendakwa suara itulah menyebabkan dia hilang kawalan dan menyerang abang serta ayahnya. Dia sendiri terkejut ketika sedar sebaik disergah saya,’’ katanya yang turut menziarahi anak sulungnya yang kini koma di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Zainun berkata, walau apa pun berlaku selepas ini suspek tetap anak kandungnya dan percaya perbuatannya itu dilakukan di luar sedar.

Subscribe to:
Posts (Atom)