Saturday, February 16, 2013

Jaga kesihatan anda...:)

Nowadays, ramai di kalangan rakyat Malaysia mempunyai risiko terhadap pelbagai jenis penyakit..Hal ini kerana di negara kita terdapat pelbagai jenis makanan yg lazat2 dan sedap..Alhamdulilah, kita tidak kebuluran seperti penduduk di sesetengah negara..tapi tahap pemakanan kita berada di level yg membimbangkan dan juga budaya malas bersenam.

Kita perlu menjaga tahap kesihatan kita. Mungkin kita sihat tubuh pd hari ini, tetapi apa akan terjadi di masa 15, 20 tahun akan datang. Oleh itu, kesihatan tubuh badan amatlah penting utk dijaga. Saya pernah terbaca buku salah seorang jutawan internet, Irfan Khairi mengenai 'Jaga Kesihatan kita'. Dengan menjaga kesihatan, bermakna kita dapat menjaga bil kesihatan. Kadangkala bil kesihatan boleh melenyapkan wang simpanan kita yg telah disimpan begitu lama. Yelah, bil kesihatan boleh mencapai amount sehingga berpuluh, beratus ribu bagi sesetengah penyakit kronik.



Jaga tubuh badan anda! Bersenam dan makan buah-buahan serta sayur-sayuran yg berzat. Kurangkan penggunaan gula di dalam minuman dan garam di dalam masakan. Badan yg sihat dapat mengurangkan kos perubatan dan sekali gus dapat menjamin kehidupan yang selesa. 

Amalkan gaya hidup sihat! Ingat , wang yg banyak tidak dapat membeli 100% kesihatan yg baik.

Psst! reminder for myself jugak -- Kesihatan yg baik dapat melindungi kewangan dan keluarga kita pada masa hadapan...Stay Tuned..!

Badan Sihat Idaman Setiap Insan..

No comments:

Post a Comment