Sunday, February 17, 2013

Adakah kita serasi bersama???....

Salam..hehe..tajuk sedikit nampak bergosip pagi-pagi ni. Tapi saya bukan nak bergosip, just nak share sedikit  ilmu..kan sharing is caringgg..:) 

Sebab sekarang saya masih 'beginner' and baru nak mula bertapak. That's why searching more information is very important for me..sebab masih mencari-cari idea bisnes yg serasi dgn saya. Alhamdulilah tahun lepas, saya telah memulakan satu bisnes kecil pd bulan Ramadhan.Tak sangka sambutan begitu menggalakkan.Insyallah tahun ni if ade rezeki, saya akan mengambil tempahan biskut raya lagi.. Ready-made taw...Regular customers pun dah ade. Harap2 if ade yg ingin mencuba, boleh berkunjung ke Facebook saya.
Tapi, yg ni just backup for bulan Ramadhan. Tahun ni pun ada idea baru and fresh jugak..cumanya kena fikir modal pusingan and attraction kepada customers. Harap2 ia boleh menjadi... Nantikan di bulan Ramadhan 2013 akan datang!

By the time, sekarang pun saya dah cuba MLM (Multi Level Marketing)..Alhamdulilah, sekadar nak income tambahan setiap bulan. Cuma, bila kita dah join sesuatu MLM ni kena aktif and rajin berusaha. Ramai yg salah anggap di antara MLM dan Skim Cepat Kaya. Skim Cepat Kaya hanya mementingkan keuntungan dan downline yg banyak utk memberi kepentingan kpd org yg atas @ Upline. Most important part is klu join MLM ni kena serasi. Bisnes ni memang bagus kerana ia memberi tunjuk ajar dan ilmu yg banyak utk org baru seperti saya. Cuma, kadangkala kita tersilap langkah, melakukan dgn cara yg salah dan secara tak langsung akan memberi perspektif bahawa bisnes MLM tu tak bagus. Padahal diri sendiri yg kena usaha lebih dan tak mudah putus asa, baru boleh menuai hasil yg menguntungkan. Kalau rugi sikit2 tu, adat berniaga la.. Cuma kita kena ada ilmu utk melakukannya. Alhamdulilah, setakat yg saya ikuti programnya, saya tidak mudah melatah utk mengeluarkan modal yg banyak utk mengejar kemewahan yg ditawarkan. Bagi saya utk tahap permulaan ini, biarlah kita berusaha lebih dari bermodal tinggi tapi akhirnya memerangkap diri sendiri.



Ada certain penulis juga seperti Robert T. Kiyosaki menganggap bisnes MLM ini adalah satu bisnes yg baik kerana ia membantu orang lain menjana pendapatan sendiri. Cuma individu itu sendiri kena memainkan peranan yg bijak agar tidak terlalu tamak dalam mengejar kemewahan di dalam jangka masa yg singkat.

Bila kita nak berjaya di dalam sesuatu bisnes, kita kena bergaul dgn usahawan yg berjaya. Jangan peduli kata org sekeliling kita. Kebanyakkan org yg disekeliling hanya pandai 'berkata' dan 'mengata' tanpa 'mencuba' sesuatu terlebih dahulu. Macam yg saya tekankan, pengalaman itu merupakan Guru yg paling berharga. Tanpa pengalaman hari ini, kita tidak tahu apa yg perlu di masa hadapan.

So, if kita nak memulakan sesuatu bisnes biar pun kecil-kecilan, dapatkan sentuhan dan semangat dari orang berjaya. Bukan orang kaya..hehe..sebab orang kaya, dia mmg dah mempunyai duit yg banyak. Berbeza dgn orang yg berjaya. Dia berada di kemuncak atas daya usaha dan titik peluh sendiri..

Peringatan dan motivasi utk diri sendiri ..

Like di Facebook jika anda suka ! Terima kasih..:)

Isha Creative Enterprise

No comments:

Post a Comment