Sunday, February 17, 2013

Adakah kita serasi bersama???....

Salam..hehe..tajuk sedikit nampak bergosip pagi-pagi ni. Tapi saya bukan nak bergosip, just nak share sedikit  ilmu..kan sharing is caringgg..:) 

Sebab sekarang saya masih 'beginner' and baru nak mula bertapak. That's why searching more information is very important for me..sebab masih mencari-cari idea bisnes yg serasi dgn saya. Alhamdulilah tahun lepas, saya telah memulakan satu bisnes kecil pd bulan Ramadhan.Tak sangka sambutan begitu menggalakkan.Insyallah tahun ni if ade rezeki, saya akan mengambil tempahan biskut raya lagi.. Ready-made taw...Regular customers pun dah ade. Harap2 if ade yg ingin mencuba, boleh berkunjung ke Facebook saya.
Tapi, yg ni just backup for bulan Ramadhan. Tahun ni pun ada idea baru and fresh jugak..cumanya kena fikir modal pusingan and attraction kepada customers. Harap2 ia boleh menjadi... Nantikan di bulan Ramadhan 2013 akan datang!

By the time, sekarang pun saya dah cuba MLM (Multi Level Marketing)..Alhamdulilah, sekadar nak income tambahan setiap bulan. Cuma, bila kita dah join sesuatu MLM ni kena aktif and rajin berusaha. Ramai yg salah anggap di antara MLM dan Skim Cepat Kaya. Skim Cepat Kaya hanya mementingkan keuntungan dan downline yg banyak utk memberi kepentingan kpd org yg atas @ Upline. Most important part is klu join MLM ni kena serasi. Bisnes ni memang bagus kerana ia memberi tunjuk ajar dan ilmu yg banyak utk org baru seperti saya. Cuma, kadangkala kita tersilap langkah, melakukan dgn cara yg salah dan secara tak langsung akan memberi perspektif bahawa bisnes MLM tu tak bagus. Padahal diri sendiri yg kena usaha lebih dan tak mudah putus asa, baru boleh menuai hasil yg menguntungkan. Kalau rugi sikit2 tu, adat berniaga la.. Cuma kita kena ada ilmu utk melakukannya. Alhamdulilah, setakat yg saya ikuti programnya, saya tidak mudah melatah utk mengeluarkan modal yg banyak utk mengejar kemewahan yg ditawarkan. Bagi saya utk tahap permulaan ini, biarlah kita berusaha lebih dari bermodal tinggi tapi akhirnya memerangkap diri sendiri.



Ada certain penulis juga seperti Robert T. Kiyosaki menganggap bisnes MLM ini adalah satu bisnes yg baik kerana ia membantu orang lain menjana pendapatan sendiri. Cuma individu itu sendiri kena memainkan peranan yg bijak agar tidak terlalu tamak dalam mengejar kemewahan di dalam jangka masa yg singkat.

Bila kita nak berjaya di dalam sesuatu bisnes, kita kena bergaul dgn usahawan yg berjaya. Jangan peduli kata org sekeliling kita. Kebanyakkan org yg disekeliling hanya pandai 'berkata' dan 'mengata' tanpa 'mencuba' sesuatu terlebih dahulu. Macam yg saya tekankan, pengalaman itu merupakan Guru yg paling berharga. Tanpa pengalaman hari ini, kita tidak tahu apa yg perlu di masa hadapan.

So, if kita nak memulakan sesuatu bisnes biar pun kecil-kecilan, dapatkan sentuhan dan semangat dari orang berjaya. Bukan orang kaya..hehe..sebab orang kaya, dia mmg dah mempunyai duit yg banyak. Berbeza dgn orang yg berjaya. Dia berada di kemuncak atas daya usaha dan titik peluh sendiri..

Peringatan dan motivasi utk diri sendiri ..

Like di Facebook jika anda suka ! Terima kasih..:)

Isha Creative Enterprise

[PROMOSI] Barangan Kemas Zhulian




Harga boleh didapati di dalam FB : Isha Rulina..

Terima kasih!

Bina blueprint utk bulan2 yg akan datang..

Kini, kita dalam pertengahan bulan Februari. Alhamdulilah, sudah sebulan setengah masa berlalu di tahun 2013 ini. Semua yg dirancang berjalan lancar seperti yg dirancang. 

Blueprint ini amat penting bagi saya especially seorang usaha-wan yg baru nak bermula tapak. Itupun kadang2 merangkak, kadang2 jatuh dan kadang2 berdiri. Lumrah hukum alam..Blueprint / perancangan ini kalau diikutkan dengan penuh displin dan rajin , kita mampu mencapai apa yg kita target. Jika kita berusaha sedikit @ minima, maka hasilnya adalah minima. Jika usaha yg kita taburkan itu banyak, maka banyaklah hasilnya.



Insyallah, saya sedang merancang satu investment yg menjadi trend pada masa kini. Kena tengok potensinya dalam masa 12 bulan. Ini adalah salah satu blueprint saya dan keluarga utk long term. Mudah-mudahan ia memberi kesenangan kepada anak kesayangan kami, Nur 'Ishatin pd masa hadapan. Kadangkala, kita perlu merancang sendiri dan membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan orang lain. Itu yg saya katakan, pengalaman itu amat berharga pd masa depan. Pengalaman memberi pengajaran. Cuma kena kuatkan semangat and dan always positive in mindset.

Kegagalan pula kdgkala sentiasa muncul di tengah jalan. Cam ade roadblock gitu..tapi biasa la gagal itu kunci asas kejayaan. bak kata omputih... " Failure is path to success"..cuma kena rajin berusaha, jangan mudah patah semangat dan sentiasa buat perancangan yg teliti in positive and negative way..


Saturday, February 16, 2013

Mulakan bisnes kecil-kecilan lagi...

Alhamdulilah, ku rasakan masanya dah sesuai utk melebarkan sayap ke bisnes kecil-kecilan ku yg kedua ini. Bisnes ni merupakan ready-made production..So, no need to banyak fikir pasal cost production, nak hire staff modal yg akan dikeluarkan and lain2...Just perlu berusaha untuk memperbaiki tahap kewangan famili ku..:)

Setelah membuat survey beberapa hari ni, memikirkan bisnes apa yg ingin ku kembangkan lagi, aku bercadang utk hold dulu bisnes konvensional yg aku survey semalam..Setelah habis berfikir in +ve and -ve way, aku bercadang utk join satu produk kesihatan ini.. sebagai Independent Distributor for Shaklee..



Bisnes 'Middle-Man'
Bisnes ini memerlukan agennya menjadi 'middle-man' atau org tgh utk BELAJAR tentang asas bisnes sambil menjana pendapatan. Just perlu amik order from customer, then, amik stok from supplier pastu hantar pada customer. Insyallah, dapat untung bersih, 100% kita punya. Lagipun, selepas mendapat informasi, bisnes ini hanya memerlukan modal yg minimum dan siap dgn training. Lagi best, ade jugak coach yg akan ajar step-by-step dari zero. Kalau bisnes convensional, ia memerlukan modal + kos training yg mahal. Cuma yg perlu ialah semangat ingin belajar..

Apapun, semoga Februari 2013 ini menjadi satu titik tolak dan sumber inspirasi bagi Isha Creative Enterprise! Selamat berhujung minggu..

Jaga kesihatan anda...:)

Nowadays, ramai di kalangan rakyat Malaysia mempunyai risiko terhadap pelbagai jenis penyakit..Hal ini kerana di negara kita terdapat pelbagai jenis makanan yg lazat2 dan sedap..Alhamdulilah, kita tidak kebuluran seperti penduduk di sesetengah negara..tapi tahap pemakanan kita berada di level yg membimbangkan dan juga budaya malas bersenam.

Kita perlu menjaga tahap kesihatan kita. Mungkin kita sihat tubuh pd hari ini, tetapi apa akan terjadi di masa 15, 20 tahun akan datang. Oleh itu, kesihatan tubuh badan amatlah penting utk dijaga. Saya pernah terbaca buku salah seorang jutawan internet, Irfan Khairi mengenai 'Jaga Kesihatan kita'. Dengan menjaga kesihatan, bermakna kita dapat menjaga bil kesihatan. Kadangkala bil kesihatan boleh melenyapkan wang simpanan kita yg telah disimpan begitu lama. Yelah, bil kesihatan boleh mencapai amount sehingga berpuluh, beratus ribu bagi sesetengah penyakit kronik.



Jaga tubuh badan anda! Bersenam dan makan buah-buahan serta sayur-sayuran yg berzat. Kurangkan penggunaan gula di dalam minuman dan garam di dalam masakan. Badan yg sihat dapat mengurangkan kos perubatan dan sekali gus dapat menjamin kehidupan yang selesa. 

Amalkan gaya hidup sihat! Ingat , wang yg banyak tidak dapat membeli 100% kesihatan yg baik.

Psst! reminder for myself jugak -- Kesihatan yg baik dapat melindungi kewangan dan keluarga kita pada masa hadapan...Stay Tuned..!

Badan Sihat Idaman Setiap Insan..

Friday, February 15, 2013

Majlis Hari Lahir Nur 'Ishatin Saffiyah ~ 1st Year in Feb 2013



Majlis Bertunang Khairil & Hawa ~ 9 Februari 2013






Majlis Resepsi : Fahmi & Maisarah ~ Disember 2012






[PROMOSI] 2013 tahun inspirasi bagi Isha Creative Enterprise...

Assalammualaikum buat pembaca blog...malam ni mood ber'blogging' datang kembali. Alhamdulilah, perkara yg ingin diselesaikan, sudah diselesaikan dgn jayanya. Saya ingin berkongsi serba sedikit tentang permulaan tahun 2013 ni.. Di bulan Februari 2013 ini, masih belum terlambat rasanya..Di antaranya ialah :-

1)Promosi Pakej Fotografi 2013                                                                                                      
Isha Creative Enterprise sudah mula mempromosikan Pakej Fotografi untuk Majlis Raja Sehari, Majlis Aqiqah, Majlis Bertunang dan juga Birthday Party. So, if ade sesiapa yg berminat boleh hubungi kami di   FB : Isha Rulina's atau Call/ SMS/ Whatapps ke 012-592 8518 @ 012-614 7734.
Jangan lupa 'LIKE' our Facebook.

2)Perkhidmatan 'artwork' dan 'design'                                                                                            
Isha Creative Enterprise  juga ada menyediakan perkhidmatan 'artwork' dan 'design' untuk banner, bunting, menu makanan, produk label, printing t-shirt dan sebagainya.

3)Produk kesihatan dari Zhulian - Badan Sihat Idaman !                                                                                 
Bermula bulan September 2012 kami telah mempromosikan pelbagai produk kesihatan Zhulian dan juga barangan kemas dengan harga berpatutan. Dapatkan segera produk ini di pasaran. Sesuai untuk semua peringkat umur seperti B'Young , Susu Coloskim, SS Solutions utk diet dan sebagainya. Agen baru juga diperlukan. Bersama mencipta pendapatan sampingan anda!




Artikel Berkaitan :

Saturday, January 26, 2013

Tips DIET masyarakat Jepun...

Tahukah anda?
Kadar obesiti di negara Jepun kurang dari 4 %...Hal ini kerana masyarakat Jepun mengutamakan makanan tradisi mereka yg dikatakan sebagai MENU PALING SIHAT di dunia. 


Menurut seorang pakar pemakanan, Daphne Miller, penduduk yg tinggal di Okinawa boleh hidup sehingga 100 tahun jika hendak dibandingkan dengan penduduk negara lain...Apakah rahsia mereka ?

Di antara tips yg diamalkan oleh masyarakat Jepun ialah : 
  • Mulakan hari dengan SUP. Dikenali sebagai Sup Miso.makanan berasaskan sup ini dpt membantu berasa lebih kenyang dan mengurangkan pengambilan kalori pd hari tersebut. Jangan tak tahu, orang Jepun makan nasi dan sup miso ini pd waktu pagi...(breakfast time).
  • Warnai pinggan dgn warna pelangi.Mereka gemar 5 warna iaitu merah, biru, hijau, kuning dan putih. Dengan pelbagai warna yg berbeza, bermakna lebih rendah kalori, lbh tinggi serat dan lebih buah2 dan sayur-sayuran.
  • Berhenti sebelum kenyang
  • Amalkan pepatah " Hara Hachi Bu" bereti makanla sehingga anda berasa 80% kenyang.

Selamat Mencuba...!

-sharing from ISHA RULINA-

Sumber :



Nota kaki...
Ujian dan dugaan semakin banyak dan bertimpa-timpa kepadaku setiap hari. Semoga dugaan itu satu persatu akan menggembirakan akhirnya..

Thursday, January 24, 2013

Ekstrak daun Gingko Biloba dalam dunia perubatan

Gingko_biloba_leaves
Fakta menarik tentang Ekstrak Gingko Biloba (GBE):

  • Pokok gingko biloba boleh hidup selama 1000 tahun.
  • banyak terdpt di Korea, Perancis, Amerika dan China.
  • Ginkgo juga dapat menghalang tekanan darah tinggi. Biji Ginkgo telah digunakan oleh masyarakat China semenjak berzaman dahulu.  Oleh kerana kedudukannya sebagai satu bahan keunggulan (premium) ketika itu, ianya cuma digunakan untuk masakan pada majlis istimewa di istana Maharaja sahaja.  
  • Bagaimanapun sejak 30 tahun yang lalu, ahli sains mendapati ekstrak daunnya lebih bermanfaat kerana kandungan flavonoid dan lakton yang bertanggungjawab ke atas kebanyakan tindakan biologi dalam tubuh manusia.
  • menggalakkan pengaliran darah, termasuk ke otak, tangan dan kaki, mengawal keanjalan saluran darah serta mengurangkan kecenderungan pembekuan darah. Manfaat terhadap memori tidak terhad kepada golongan berusia, malah kajian ke atas golongan wanita muda yang sihat menunjukkan perubahan memberangsangkan dalam ujian memori selepas pengambilan ekstrak Gingko biloba.
  • memberi kesan baik terhadap fungsi kognitif bagi penyakit Alzheimer. Memandangkan otak terdiri daripada asid perlu tak tepu yang tinggi, ia mendedahkan kepada radikal bebas.
  • Gingko biloba adalah anti oksida yang baik dan ini juga menjadikannya popular sebagai makanan tambahan/ supplement.
  • melindungi kardiovaskular, sistem saraf pusat, anti penuaan 
  • Walaupun ubatan herba Cina telah menggunakan daun dan biji ginkgo untuk beribu-ribu tahun, penyelidikan moden telah memberi tumpuan kepada ekstrak yang dipiawaikan Ginkgo biloba (Ginkgo biloba extract (GBE), yang disediakan daripada daun-daun kering hijau. Ekstrak yang dipiawai ini amat pekat dan seolah-olah menjadi klinikal yang lebih berkesan dalam merawat masalah kesihatan berkaitan dengan peredaran darah.
  • Rangsangan minda sebenarnya bukan sahaja sesuai untuk golongan kanak-kanak, malah sesuai juga untuk golongan berusia bagi mengekalkan kecergasan minda. Membaca, menyelesaikan teka-teki, teka silang kata serta bermain catur merupakan antara permainan yang boleh merangsang minda.

Sumber
http://www.ucmp.berkeley.edu/seedplants/ginkgoales/ginkgo.html
               

Khasiat Cendawan Shiitake di dalam B'Young Adv. Funct. Beverage


Cendawan Shiitake atau nama saintifiknya ialah Lentinula edodes adalah cendawan makan yang berasal dari Asia Timur yang terkenal di seluruh dunia dengan nama aslinya dalam bahasa Jepun.
Shiitake secara harafiah bermaksud cendawan dari pokok Shii(Castanopsis cuspidata) kerana batang pohonnya yang sudah reput merupakan tempat tumbuh cendawan shiitake.
Speses ini dahulunya pernah dikenali sebagai Lentinus edodes. Ahli botani Inggeris bernama Miles Joseph Berkeley menamakan spesis ini sebagaiAgaricus edodes pada tahun 1878. Shiitake banyak ditanamkan di China, Korea dan Jepun dan sering dijumpai di kawasan liar di di pergunungan di Asia Tenggara.
Cendawan shiitake ini mempunyai beberapa kebaikan sejak berkurun dahulu. Ia telah dianggap sebagai simbol panjang umur di Asia. Tidak hairan lah warga Jepun kebanyyakkannya panjang umur kerana mereka telah mengamalkan petua ini dari dahulu lagi.

Menurut sumber yg boleh dipercayai, masyarakat bangsawan Jepun telah menganggap bahawa memakan cendawan ini akan melambatkan proses penuaan. Di dalam erti kata lain, anti-penuaan.

Cendawan shiitake amat popular di Jepun kerana beberapa faktor2 iaitu :

  • Sebagai sumber protein @ ASID AMINO
  • merupakan spesies kulat yg tidak ada akar, daun, bunga atau biji.
  • mengandungi pelbagai vitamin dan mineral spt vitamin A, B, B1, B2, niasin.
  • mengandungi bahan aktif lentinan iaitu polysaccharide atau anti-kanser.
  • menghindar pembentukan tumor.
  • terapi imun utk kanser usus, paru2 dan payudara.
  • menghasilkan INTERFERON. Pakar penyelidik melaporkan pengambilan cendawan shiitake secara berterusan dpt merendahkan paras kolesterol dalam darah sehingga 40-50%.
  • menyerap lemak dlm tubuh. So, dalam erti kata lain, boleh digunakan utk DIET yg sihat krn ia singkirkan lebihan lemak dlm tubuh bdn.
Buat pengetahuan semua , salah satu ramuan di dalam B'YOUNG ADV. FUNC. BEVERAGE ini adalah cendawan shiitake. Ia telah digabungkan bersama 59 ramuan herba, sayur-sayuran dan buah-buahan yg mengandungi nilai zat kandungan vitamin dan mineral yg tinggi. Sungguh luar biasa kan...Alhamdulilah, at least saya telah menemui satu formulasi makanan yg dapat menghindar saya dan keluarga dari risiko penyakit berbahaya seperti kanser.

Insyallah, saya akan berkongsi lagi 59 ramuan lain yg terkandung di dalam produk B'Young ini. Semoga info ini memberi manfaat demi kesihatan kita. 


Sumber : 
http://www.livestrong.com/article/252385-what-are-some-benefits-of-shiitake-mushrooms/
http://www.whfoods.com
http://ms.wikipedia.org/Shiitake
http://www.utusan.com.my/utusan/info




..

Saturday, January 19, 2013

Isha Rulina Business Partner


Perniagaan Internet Untuk Semua Golongan (Bekerja @ Suri Rumah Sepenuh Masa..


Anda bekerja? Atau suri rumah sepenuh masa? Berminat bersama-sama untuk menjana pendapatan secara sambilan dari rumah bermula dengan modal yg kecil bersama Isha Rulina Business Partner, dan bersama-sama menjalankan perniagaan secara sepenuh masa @ secara sambilan??

Insyallah, kami akan memberi tunjuk ajar dan bersama2 menambah pengetahuan yang berterusan kepada anda, tidak kira di mana anda berada di seluruh negeri di Malaysia ini. Hanya dengan klik , semuanya akan berada  "di hujung jari anda". 

Menjalankan perniagaan ini memerlukan ilmu, disiplin dan usaha yg berterusan, saya yakin semua orang boleh berjaya jika berusaha dengan bersungguh2. Mari kita kongsi rezeki bersama-sama. Bagi anda yang berminat menjadikan Facebook, Blogspot, Twitter dan sebagainya  sebagai tempat mencari pendapatan sampingan, mari kita bersama2 melakukan teknik pemasaran yg efektif.Apa yang penting di sini adalah keazaman kita di dalam mencari peluang bisnes bagi menjana pendapatan  kita sendiri.

Jika anda berminat untuk menerajui peluang berbisnes ini, sudikanlah menghubungi saya di Facebook : Isha Rulina @ atau ke talian bebas tol : +6012-6147734. Usaha yg berterusan, ilmu pengetahuan yg tinggi tentang ilmu kesihatan dan keazaman yg mendalam akan membuatkan anda mampu memperolehi pendapatan sampingan tanpa limit...'YOUR INCOME IS NO LIMIT - OVER THE SKY'

Bagi yang hanya ingin mendaftar keahlian sebagai Ahli Zhulian, anda boleh PM saya di Facebook @ call.sms. di talian yg tertera. 

Untuk Mendaftar Sebagai Ahli 

Anda boleh mendaftar dengan membuat pembayaran untuk registration fee sebanyak RM68 untuk mendapat keahlian selama setahun. Anda juga boleh menghubungi saya dan saya dengan berbesar hati akan mengurusan segala pendaftaran)  atau boleh juga ke agensi Zhulian dengan menggunakan ID saya sebagai upline anda.

Mudah sahaja kan? Belum cuba belum tahu..Bersama2 kita tingkatkan prestasi kehidupan dan sentiasa POSITIF untuk menjalankan bisnes ini. Apa tunggu lagi...!

Manager 
Isha Rulina
ISHA CREATIVE ENTERPRISE



Friday, January 18, 2013

Kembali pada tahun 2013....

Salam ...Alhamdulilah...sudah 2 tahun aku meninggalkan blog ini...Nasib boleh login lagi.. Berhabuk and berdebu sgt dah...Bila baca balik entri2 dalam blog ni, haha...teringatla dari zaman bujang dulu aku create blog ni..Sekarang alhamdulilah, dah dikurniakan seorang puteri diberi nama NUR 'ISHATIN SAFFIYAH BT HASRUL NAZLIE. Puteri yg memberi sinar dalam hidup kami...

Sunday, February 6, 2011

Impian 2011

Salam hujung minggu.This entri aku nak buat list untuk tahun 2011..huhu..ketinggalan zaman aku nih..al maklumlah, masa membataskan pergerakkan ku untuk menulis blog yg dah bersawang-sawang ni.and sejak akhir2 nih bersepah2 pulak idea dalam kepala otakku ini..nanti takut lupa pulak if tak take note.

Anyway, banyak benda dirancang utk this year.Jadi tak jadi tu wallahuallam.

1.If ader rezeki, nak baby.tak kisah baby boy or girl.:)
2.Nak pegi honeymoon banyak tempat dgn my hubby.
3.Nak pegi umrah dengan mak, hubby n adik2.Insyaallah, if dimurahkan rezeki.
4.Nak bukak bisnes sendiri secara kecil-kecilan.act, dah start sikit2 cuma tak serious lagi.
5.Nak buat decor yang menarik untuk "Home sweet home".Hehe, masuk rumah baru this march ni.Dah selamat buat kenduri 2 hari yg lepas.
6.Nak buat yg terbaik untuk Final year paper.Hope, konvo this year!yeay..
7.Hope dipromote naik pangkat oleh my bos..:) Insyallah.

Setakat tu jela..hubby ku dah bising2 suh makan.yeaaaa..nak stopla ni ..daaaa..

Tuesday, January 25, 2011

Dugaan Hari ini....

Salam...wah, dah berabuk2 blog aku ni..mana taknya nak dekat setahun aku tak update..tatau nak tulis apa kekadang tu..idea pun tak bape nak kuar..memandangkan kesuntukan masa dengan hal opis dan rumahtangga.anak??takde rezeki lagi..sob..sob...

Januari 2011 ni genap 7 bulan aku kawen.pejam celik wah cepatnya masa berlalu.banyak yang aku belajar selepas bergelar seorang isteri.betullah kata orang, perkahwinan tu ada asam garamnya.tak kena gaya kadang2 tawar, kadang2 masin..yg tu aku yg tambah..mak pun selalu bagi nasihat supaya banyak2 bersabar dengan dugaan yang datang.sedikit sebanyak ia mengajar aku erti kematangan.

Insyallah aku cuba sebaik mungkin untuk mengecapi kebahagiaan dlm alam perkahwinan.Pada yg ada experience berpuluh tahun tu bolehla share sebanyak sedikit.


setakat ni jela aku nak coretkan..sementara nak nunggu load account dlm system..wakaka..lama bebenor...:)

Thursday, April 15, 2010

Types Of Woman

HARD-DISK Woman:
She remembers everything, FOREVER.

RAM Woman:
She forgets about you, the moment you turn her off.

WINDOWS Woman:
Everyone knows that she can't do a thing right, but no one can live without her.

EXCEL Woman:
They say she can do a lot of things but you mostly use her for your four basic needs.

SCREENSAVER Woman:
She is good for nothing but at least she is fun!

INTERNET Woman:
Difficult to access.

SERVER Woman:
Always busy when you need her.

MULTIMEDIA Woman:
She makes horrible things look beautiful.

CD-ROM Woman:
She is always faster and faster.

E-MAIL Woman:
Every ten things she says, eight are nonsense.

VIRUS Woman:
Also known as "WIFE"; when you are not expecting her, she comes, installs herself and uses all your resources. If you try to uninstall her you will lose something, if you don't try to uninstall her you will lose everything............

Sources : http://www.exkolejeon.org

Tuesday, April 13, 2010

Dalam proses melengkapkan borang ..

owh..alhamdullilah..walaupun macam terkejar2 masa, tapi kena settlekan jugak borang nih..klu tak settle meant tak leh antar kad kawen lagi..belah tunangku dah hampir siap, cuma nak submit ke JAIS .borang aku plak sedang dlm proses utk dihantar pada tok kadi..sebut pasal tok kadi nih, aku plak yg menggeletar.

Owh lebih kurang tinggal sebulan lebih je lagi..tetiba rasa cam seram sejuk pun ader nak hadapi hari2 yang mendatang ni..buat tunang ku, haaa..prepare okey ape yang patut sayang..tak lama lagi ..study balik ehh bab yg kita blaja masa kursus kawen aritu..

okeyla, stakat nih dulu..tata..:p


Friday, April 9, 2010

Dugaan yang mendatang...

Source : Google Image

salam di pagi Jumaat..aku bizi sikit this week..n minggu nih pelbagai dugaan datang silih berganti.tapi yang paling aku risau dan sedih saat ini, adik ketiga ku, Azlan..sedang sakit..mula-mula tidak dapat dikenalpasti sakit ape..n pas berubat kampung, baru dapat detect..n then , pi check up kat doktor, rupa-rupanya ader ulser di dalam perut dia..Owh Ya Allah, sembuhkanlah penyakit adikku ini.Walaupun kadang2 aku dilabelkan sorang kakak yg garang ada masanya , tapi dlm hati aku amat sayangkan mereka..owh begitu kuat ujian kali ini.ape pun, aku kena kuat bagi semangat pada adik aku n mak ..adik2 yang lain pulak masih tatau sebab mereka tinggal di Pahang n Penang. so, tanakla mengganggu fikiran dorang belajar di sekolah dan kolej.Esok aku kena balik ke Perak.Melihat camana condition adik aku..kalau perlu berjumpa pakar, kenalah bawa ke Ipoh.kesian dia.Kalau kali ni kena operate lagi, dah masuk 3 kali dah.Aku hanya mampu berusaha n berdoa semoga dia cepat sembuh.
so, time ni aku kena hold dulu persiapan kawenku. Harap aku punya masa untuk menyelesaikan apa yang tak selesai lagi.Saat ni jugak aku cuba untuk menyiapkan assignment n ulangkaji utk exam yg bakal tiba.n masa yang sama, aku sedang cuba untuk hand over job tasks aku pada staff yg akan replace tempatku nanti..owh jikalau la ader masa lebih dari 24 jam, alangkah indahnya.hope aku punya masa untuk semua ini.
Buat tunangku, aku perlukan kamu untuk support semangatku sebab aku tak mampu buat sorang diri..Buat kawan-kawan di alam maya juga, aku mengharapkan juga kata-kata semangat dari korang semua agar aku dapat hadapi dugaan ini dengan tabah.Doakan aku dan juga famili ku..:(

Saturday, April 3, 2010

Gelisah ...

Hadeh..pagi ni aku di meja opis...ape kejadahnya kena bkerja di hari sabtu...nasib baik half day jer..kalau tak mau aku meroyan di sini...opss..jangan mengeluh ina...bawak bertenang...

hmm..biler dipikirkan , banyaknyer keje aku kena settlekan this weekend..yup hari ni dan esok.banyak weh kena buat..assignment mr hamza tu aku tak usik2 lagi...mau mengamuk mamat tu kalau x anta monday nih..huhuiii..free2 je kena berleter kang..sabor jelah ngan lecturer jordan aku nih.

pastu kena settlekan jugak pasal hal kawen nih..kad dah siap print..petang nih janji nak gi ambik..jauh lor nak pi kl..baju khatam pun lum cari lagi..ina oii tinggal 2 months lagi..tu pun lum tolak tambah dengan hari yg ko busy ngan keje kat opis..klu dah tolak tambah darab bahagi tinggallah beberapa hari lagi majlis kawenku itu..risau2..huhu.baru tau nak menggelabah..SAVE THE DATE..

esok pagi-pagi dah kena pergi National Library .owhh kemalasan tahap gunung nak gi sana.Ape nak buat, nak tanak, malas ke tak, kena pi jugak..Kalau tak, tertinggal lah aku di belakang sedangkan kawan2 len dah maju ke depan..hohooo..berusaha wehh..walaupun aku rasa macam tak cukup oksigen nak bernafas minggu nih..busy sangat ke? ha ahh memang..saat2 aku nak resign berlambak2 plak keje yang on going..NEXT!

ok lah..setakat nih update ku kali ini...sambung di next entry..:) Babai..