Monday, February 1, 2010

Gambar2 Tahun 2009..yeay!!

Gambar Pertunangan 01 May 2009

 
Gambar Mandi manda di Sunway Lagoon..



Cabutan Bertuah MDM 2010 ^^

 
Ha...jumpa lagi contest ...kali ni aku mencuba nasib untuk lucky draw plak..
contest ni dianjurkan oleh asha ..
ini merupakan contest untuk menghargai follower2 beliau yg bertuah..

syarat2nya senang jer...

1) Terbuka kepada semua bloggers tak kira lelaki ke perempuan;

2) Buat 1 entry khas bertajuk Cabutan Bertuah MDM 2010;

3) Letakkan banner di atas di dalam entry dan di sidebar, link kan ke entry ini

4) Mestilah dan wajib jadi follower blog ini (sebab nak bagi hadiah untuk follower kan);

5) Tarikh tutup adalah 10 Februari 2010, jam 1.00 am)

6) Letakkan Nama anda di sini (ruangan komen), dan bagi link direct ke entry yang telah anda buat......

7) 2 cabutan seterusnya akan dilakukan pada 21hb Januari 2010, jam 11.59 malam dan akan diumumkan pada 22hb Januari 2010. dan akan diposkan pada 23hb januari 2010.

8) 6 cabutan seterusnya akan dibuat selepas 10 FEBRUARI 2010.

so, saya dengan berbesar hatinya telah menjadi follower asha  dan menyertai lucky draw ini..
time kasih pada pihak penaja..:p
 


FRIENSHIP CONTEST^ ^

hehe..nih first time aku join contest yg dianjurkan oleh blogger..so untung2 menangla..if tak menang pun, menangkan jgk..haha..just joking...

blog cik marmie aku jumpa time aku tengah godek2 blog temanku...alih2 terjumpa la contest nih dan terpaut untuk mencuba nasib..:p

Senang je..memula skali kena la letak link tuan tanah iaitu link ke blog cik marmie nih...

sila klik yg bawah ni jangan malu2..:)

 

syarat2 yg telah ditetapkan ialah : 
  • gambar mestilah gambar  dgn mmber2 .xkesah la brpe org pun tp jgn r smpai 1clas plak...hehe (nnti dh mcm classmate contest plak) 
  • paling penting msti original ok,jgn copy kt tenet plak....klu nk edit2 pun suke ati la tp msti menampakkn "FRIENDSHIP" tu.
  • hah!!! lg 1 plz la letak banner kt atas ni ye kt blog korang,bleh mempopularkan cik mar&kwn2 !!!hahaha (sengal je bunyi) xtually tuk meramaikn blogger tuk join,senang ckit nmpk.
  • pastu klu nk follow blog cik mar ni, follow la.tiada paksaan ok. tuk memudahkan korang tau keputusan & persaingannye nnti better r follow,senang nk tau any progress about this contest.
  • jz 1 picture je kay. 
Tarikh Tutup : 12 FEBRUARI 2010 

and gambar yg aku ingin pertaruhkan ini ialah gambar sahabat2 aku masa kitorang gi camping ari tu...ha, kenangan yang tak dpt dilupakan...

 


sekian..time kasih kepada pihak penganjur..:p

hari minggu aku yang best!

Weekend yg beshhh!

Hari sabtu lepas, awal2 pagi aku n tunangku, acerol sudah bergerak ke pd...untuk bermandi manda..Kitorang sampai dalam pukul 9.00 pagi..cuaca agak baik pagi tu..kelihatan tak ramai orang bermandi manda di pantai Teluk Kemang...

Emm kami banyak menghabiskan masa dengan bermandi manda sampai tak hingat,...Habih gak la muka aku n tunangku gelap...dibakari cahaya matahari @ sunburn..huhu...redha jelah labu...:p..Then, sempat jugak bermain jetski...harga yg ditawarkan selepas dapat diskaun ( diskaun ke?) hanya rm 70 ...selama 15 minit..haih tak berbaloi...agak mahal..tapi sebab aku n tunang ku nak naik jgk, pejam mata jela mmbayarnya..

Then , kul 1pm kitorang beransur balik..sbb dalam plan nak pergi ke Nilai..untuk membeli barang2 hantaran..kelihatan ramai sungguh orang di sana...haih ramai plak orang nak kawen tahun ni...and kebetulan time tu pun SALE..so, bolehla berjimat sikit..:)

selepas 4 jam membeli belah dengan cuaca yang agak panas, kitorang pun beransur2 balik ke Kuala Lumpur..hemm, jalan agak clear..sbb orang KL masih lagi bercuti..

Pagi Ahadnya pulak, aku n tunangku pulang ke kampung halaman ku di Perak..emm lambat jugak kitorang sampai.hampir kul 11am...Mak ku dah rindukan aku....:p anak mak katakan...heheh...time dah sampai di perak, aku sibuk la buat persiapan apa yang patut..yang sempat buat hanya tempah kanopi...untuk order kek n fitting baju sanding, tak sempat disebabkan kedai2 tersebut tutup.alahai...! spoil la...

then, dalam kul 5.15pm, kitorang bergerak pulang...Singgah dulu menghantar adik bongsu ku balik ke asrama dier di Slim River...Kira2 pukul 7 pm baru sampai di KL..sungguh penat...tapi menarik...this week ape plak aku nak buat ehhh?? tengahh mencari idea...APA ERK?? hmmm..pikir2kan...

Thursday, January 28, 2010

Planning

Ape Plan???
Lebih kurang 4 bulan lagi aku akan mendirikan rumahtangga..bersediakah aku untuk memikul tanggungjawab itu...Yaaa, mungkin masih di dalam persediaan lagi..

Arr tension sungguh minggu ini..Ape plan ehh this weekend...ingat nak beli hantaran di Nilai.. Tapi alang-alang ingin ke Nilai, ape kata aku panjangkan langkah ke Port Dickson dlu..Wahh, giler laut aku nih..Habislah sunburn muka ku ini...Emm dah itu je cara aku nak beriadah...Hentam sajelah labu...

So, memang terbaekk la nak pi..saat ni pulak dah nak dekat gaji..So, melaram la jgk..Hehe..

Okeyla..Tu je plan aku utk minggu nih.. Plan akan datang sedang di dalam perancangan...
Ingin ke laut jugakkk...Wahhhh btol la...aku dah giler laut..Tapi, tak salah kan...


Daaaa...Next!

Tuesday, January 19, 2010

Tidak Sabar !

Percutian ~

Huhu..sejak biler plak aku dah pandai mengupdate blog ni..Ooo..aku tau..sejak aku dah habih paper final hari tu...so, saat ni pun tengah bosan..so, isikan masa yg terluang ni dengan menulis entri...At least takla bersawang blog aku ni..

Emmm..tak sabarnya aku nak menanti this coming May...keterujaan bermula apabila aku dah membuat serba sedikit persiapan perkahwinan ku...Owh sudah 25 umur ku tahun ni..itupun kalau mengikut tahun..mengikut bulan, still young lagi okay!

Di dalam keterujaan ini, muncul jugak perasaan rindu pada seseorang..Siapa lagi jikalau bukan arwah ayahku..Sudah setahun sebulan dia pergi ke alam sana..Hope , ayah tenang di sana..We all selalu doakan kebahagiaan ayah di sana.

Owh ye! aku ingin pergi bercuti...mungkin cuti2 Malaysia atau cuti2 luar negara..Tapi belum ada plan lagi..Di mana yaa...owh terujanya aku jika dapat melangkah ke negara orang..Day dreaming :p...Melancong - salah satu wishlist aku tahun ni..Mungkinkah ke Gold Coast??? owh sedang mengimbang akaun simpanan aku...Hehe..Sabar ina..sabar...

Thursday, June 11, 2009

KERJA

" Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria ,
ada datang dengan perasaan "biasa" dan ada datang dengan perasaan serba tak kena ."

Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan "biasa" saja,
hasilnya adalah "biasa" saja, sesiapa yang datang dengan ceria,
hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.

Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang
akan menggembirakan orang di sekeliling kita.
Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah..."

Jadi renungkan lah....


1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampa,
hasilnya macam kita ' TAK DATANG' kerja

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT' .

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita OPEN MINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJAR'AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya lebih kepada
KRITIK yang mencipta KRISIS .

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA-NGADA .

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya
'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?'

8. Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA,BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam, sela-
gi hati kita berdengki,jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (report kat bos kawan kita tak bagus dari kita)dan
tak amanah (mencuri dan tak siapkan kerja),kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita lebih teruk dari dari
anggapan kita itu sendiri.

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA ,
maka lakukanlah segera...tapi manusia tetap manusia..
sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...
adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita
dan tingkat kerjasama dalam kerja,
tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan ...
kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..
kita withdraw kat akhirat nanti...
tapi kalau kita asyik dengki mendengki..
nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..

Renungi lah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita,
nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya...

"Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."


DARI;

AKU YG TENGAH TENSION..