Thursday, June 11, 2009

KERJA

" Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria ,
ada datang dengan perasaan "biasa" dan ada datang dengan perasaan serba tak kena ."

Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan "biasa" saja,
hasilnya adalah "biasa" saja, sesiapa yang datang dengan ceria,
hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.

Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang
akan menggembirakan orang di sekeliling kita.
Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah..."

Jadi renungkan lah....


1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampa,
hasilnya macam kita ' TAK DATANG' kerja

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT' .

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita OPEN MINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJAR'AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya lebih kepada
KRITIK yang mencipta KRISIS .

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA-NGADA .

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya
'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?'

8. Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA,BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam, sela-
gi hati kita berdengki,jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (report kat bos kawan kita tak bagus dari kita)dan
tak amanah (mencuri dan tak siapkan kerja),kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita lebih teruk dari dari
anggapan kita itu sendiri.

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA ,
maka lakukanlah segera...tapi manusia tetap manusia..
sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...
adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita
dan tingkat kerjasama dalam kerja,
tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan ...
kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..
kita withdraw kat akhirat nanti...
tapi kalau kita asyik dengki mendengki..
nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..

Renungi lah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita,
nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya...

"Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."


DARI;

AKU YG TENGAH TENSION..


Friday, February 27, 2009

Yang mana pilihan hati???hmm..

ants1 Berjaya atau gagal ?? aku rasa setiap manusia di atas muka bumi ini akan jawab,mestilah nak berjaya.Kalau ada yang nak gagal tu,mesti ada something wrong yang tak kena kat dia.hehe..yang tu bukan salah keturunan cucu cicit mak dia la.

Berbalik ke pangkal jalan, untuk cemerlang memang banyak halangan dan rintangan tetapi untuk tidak cemerlang pun apa kurangnya.Kedua-duanya sama susah.So, pilihlah untuk berjaya sebab hasilnya lumayan bagi golongan yang berusaha.Ramai orang tidak kuat berusaha menyangka untuk berjaya itu amat susah.Tetapi,sebenarnya untuk gagal ada kalanya lebih susah.

Setiap orang di sekeliling kita adalah aset kita untuk membina kecemerlangan.Jika mereka berjaya,anda turut berjaya, jika mereka gagal, anda lebih dahulu gagal.So,pilihan terletak di tangan anda sendiri.

A- Berjaya

B- Gagal

C- Kedua-duanya sekali

D- Tiada 1 pun di atas

E- Tak tahu jawapan.....lu pikirlah sendiri!!

" Capailah Bintang-Bintang"

Semua orang inginkan kejayaan.Dan bila menyentuh soal kekayaan,pasti semua orang mengimpikannya.Siapa yang tidak mahu kekayaan.Semua inginkan kesenangan yang mampu menjamin kehidupan yang lebih selesa dan sempurna.Namun begitu bukanlah mudah untuk mengukir kejayaan,kesenangan hidup tanpa perlu melalui pelbagai rintangan hidup.Tambahan di usia muda begini.

Tetapi tidak mustahil untuk mencapai apa yg diimpikan.Asalkan ada usaha yang berterusan tanpa ada perasaan jemu.Yang penting bijak mengatur strategi dan mengintai peluang yang ada di depan mata.Di dunia ini peluang sentiasa ada di mana-mana asalkan kita berani “grab” dan menghadapi risiko yang mendatang.

Tambahan sekarang ini kegawatan ekonomi mula melanda kebanyakkan negara.Termasuklah negara kita.So,ramai yang diberhentikan kerja.Harga barang pula tak segan silu melambung.Hal ini sedikit sebanyak dapat menyedarkan kita bahawa kuasa beli wang amat penting untuk menjamin kehidupan supaya lebih stabil.Adakah cukup dengan gaji yang diberi oleh majikan kita?Adakah kita perlu mencari side income atau bekerja part-time untuk menambah sumber pendapatan kita.Jawapannya..bergantung kepada diri anda sendiri.Jika anda rajin berusaha dengan konsisten tanpa mengenal jemu,pasti anda menemui kejayaan.

Namun,tidak semua usaha yang kita lakukan berhasil.Adakalanya kegagalan muncul seketika untuk menguji kita sama ada kita seorang yang tabah atau tidak menghadapi kegagalan tersebut.Kegagalan pula tidak bermakna kita akan tewas selama-lamanya.Ada sesetengah orang berjaya di dalam bidang perniagaan di saat-saat akhir setelah menghadapi kerugian.Ada sesetengah orang sudah berjaya di tahap pertama tanpa perlu menghadapi banyak risiko ataupun rintangan.Apa yang paling penting, jadikan kejayaan atau kegagalan ini sebagai kayu ukuran untuk kita lebih berdaya saing.Bak kata pepatah’ gagal sekali tak bererti gagal selama-lamanya’.Betul tak?Bak kata cerita upin n ipin”Betul..betul..betul”.

Tidak kiralah apa bidang yang kita ceburi,seperti perniagaan, belajar,bekerja ataupun apa sekali pun,usaha dan doa itu paling penting.

Oleh itu, bijaklah mengatur strategi dalam kehidupan kita supaya apa yang kita impikan, apa yang kita nak menjadi kenyataan.Jangan hanya bermimpi di siang hari.Jangan hanya kata-kata di bibir sahaja tanpa disulami dengan usaha.Itu tidak berbaloi sama sekali!.

Sekian coretan dariku..

p/s:”Capailah bintang-bintang.Sekiranya hajat kamu tidak kesampaian, kamu masih mampu mencapai bulan”

(Sekiranya sesuatu yang hebat itu tidak mampu dicapai,maka kamu masih mampu mencapai sesuatu yang dibanggakan)

upin n ipin